22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

ZON MARITIM TAWAU TAHAN DUA BOT ATAS PELBAGAI KESALAHAN

TAWAU, 23 MEI – Zon Maritim Tawau menahan dua bot tempatan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam dua tangkapan berasingan semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, terdahulu bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PLUTO TIMUR 2/2023 dan OP SEJAHTERA telah mengesan dan memeriksa sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya muara Sungai Merotai ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jam 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh tiga lelaki pemegang pasport warga Indonesia dalam lingkungan umur 20 hingga 42 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu melakukan kesalahan dengan menjalankan aktiviti menarik pukat kurang dari jarak dua batu nautika dari daratan.

Pada jam 12.15 tengah hari, sebuah lagi bot penumpang tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh Maritim Malaysia yang menjalankan operasi yang sama di lokasi 2.5 batu nautika selatan Batu Tiga Tawau.

Pemeriksaan ke atas bot penumpang itu mendapati, terdapat muatan 250 kilogram bawang Bombay yang tidak diisytiharkan dan ini melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

Ketika ditahan, bot penumpang itu dikendalikan oleh seorang juragan lelaki warga tempatan berumur 27 tahun.

Kedua-dua bot bersama muatan serta kru ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Perikanan 1965 dan Akta Kastam 1967.

Nilai rampasan keseluruhan lebih RM120 ribu.

Sebarang aduan, maklumat serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU NELAYAN 3   TAWAU NELAYAN 2
     
TAWAU NELAYAN 4   TAWAU NELAYAN11
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC