19
Ahd, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA

KUALA LUMPUR, 7 MEI - Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
Perkara ini dibuktikan melalui pertemuan bilateral deligasi tentera dan agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye, India, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Filipina serta wakil kedutaan Ukraine di Malaysia, Mykhailiuk Denys sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula semalam.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, Maritim Malaysia telah berkongsi peranan penting dalam menjaga kedaulatan perairan negara serta amalan terbaik dalam penguatkuasaan selain memperkasakan kerjasama serantau khususnya di Zon Maritim Malaysia.
Dalam pertemuan itu, Maritim Malaysia telah menegaskan komitmen untuk terus memastikan kawalan sempadan maritim yang cekap dan efektif.
Ujarnya lagi, ini dibuktikan dengan keupayaan Maritim Malaysia untuk bergerak seiring dengan perkembangan global dan menangani cabaran semasa dalam domain maritim.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major General Ludy Schmidt di sini hari ini.
Menurut Datuk Saiful lagi, Maritim Malaysia juga diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan maritim dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Melalui pengiktirafan ini, secara tidak langsung ia telah memberi dorongan kepada para pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka dalam memelihara keselamatan maritim negara.
 
Selain pertemuan bilateral agensi penguat kuasa, Maritim Malaysia turut menerima kunjungan hormat dari pemain industri pertahanan dalam dan luar negara.
APMM IKTIRAF 4
 
APMM IKTIRAF 5
 
APMM IKTIRAF 6
 
Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC