PUTRAJAYA, 18 APRIL – Selepas menabur bakti selama 42 tahun dalam menjaga keselamatan perairan negara, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin akan bersara wajib berkuatkuasa esok.
Sempena menghargai jasa beliau sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, satu acara street lining telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, hari ini.
Memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah keenam Maritim Malaysia bermula 6 November 2023, Datuk Hamid telah meletakkan teras utama kepada seluruh warga agensi ini dengan memfokuskan kepada Integriti, Operasi dan Ilmu (I.O.I) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Datuk Hamid telah melaksanakan beberapa inisiatif melalui peningkatan operasi Maritim Malaysia khususnya di sempadan perairan negara.
Selain itu Datuk Hamid turut berjaya memastikan OPV1 yang telah dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah berjaya disiapkan dan beroperasi di perairan Sarawak pada awal tahun ini.
Seluruh Warga Maritim Malaysia mengucapkan Selamat Bersara kepada beliau.