03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KAPAL TANKER DITAHAN MARITIM MALAYSIA SELEPAS BERSAUH TANPA KEBENARAN

KLANG, 19 Disember – Akibat gagal mempamerkan surat pemakluman kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut, sebuah kapal tanker ditahan Maritim Malaysia selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di perairan Sekinchan, kelmarin.

Kapal dengan 12 kru itu ditahan pada jam 11.00 pagi pada kedudukan kira-kira 11 Batu Nautika Barat Daya Sekinchan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan dibuat oleh pihaknya yang terlibat dalam OP EHSAN dan OP TIRIS setelah mengesan kedudukan kapal berkenaan yang mencurigakan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tanker tersebut tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia" katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut Abdul Muhaimin, seramai 12 kru lelaki termasuk nakhoda berusia antara 20 hingga 55 tahun adalah warga Indonesia dan Myanmar berada di atas kapal berkenaan dan kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

Kapal disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua PengarahJabatan Laut.

Beliau menambah, perintah penahanan ke atas kapal itu telah dikeluarkan dan kapten serta seorang kru kapal dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

"Maritim Malaysia memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang di laut dan tindakan tegas akan diambil.

Pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan memohon kebenaran bersauh

daripada Jabatan Laut sebelum melabuhkan sauh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

TANKER SELANGOR
 
TANKER SELANGOR 2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC