02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA LANCAR PELAN STRATEGIK 10 TAHUN

KUALA LUMPUR, 22 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya melancarkan Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  2023 - 2033.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin berkata, Pelan Strategik 10 tahun ini dirancang sebagai landasan pertengahan untuk mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Serantau dalam Penguatkuasaan Maritim dan CARILAMAT atau Bantuan Bencana.

Beliau menjelaskan, pelan strategik ini dihasilkan bersesuaian dengan perubahan keadaan strategik maritim dan kepelbagaian jenayah maritim serta risiko terhadap komuniti maritim.

Tambahnya lagi, melalui pelan ini diharapkan Maritim Malaysia mampu merealisasikan visi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 - 2033 di ibu negara hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Bahagian II,Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Shamril Faizalis bin Shamsul Bahari serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam bin Mustapa.

Mengulas lanjut, Datuk Hamid memaklumkan pelan strategik ini menggariskan empat teras utama iaitu memperkukuh keselamatan dan ketenteraman maritim, memperkasakan pengurusan logistik dan pembangunan, memperkasa sistem penyampaian dan tadbir urus serta memperkasa tenaga kerja yang terampil dan berintegriti.

Katanya lagi, fokus utama pelan strategik ini adalah bagi memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang maritim dan panduan dalam membimbing melalui setiap langkah dan keputusan yang diambil dalam perjalanan menuju kecemerlangan.

Manakala dalam konteks CARILAMAT / Bantuan Bencana, tumpuan turut diberikan melalui bagaimana meningkatkan profesionalisme dan tindakan yang lebih holistik warga Maritim Malaysia dalam memberikan bantuan kepada mangsa.

Selain menjadikan Pelan Strategik ini sebagai panduan dan rujukan kepada semua peringkat di Maritim Malaysia, Datuk Hamid turut menggesa agar warga agensi ini menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam usaha membanteras jenayah maritim.

Terdahulu Datuk Hamid menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi penguatkuasaan, pemegang taruh, pihak berkepentingan serta United Nations Office of Drugs and Crime (Global Maritime Crimes Programme) dalam merealisasikan penghasilan Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 - 2033.

 

BUKU MARITIM 7   BUKU MARITIM 4   BUKU MARITIM 9
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC