02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

BOT NELAYAN TEMPATAN GAJI WARGA ASING DITAHAN

KUANTAN, 13 September - Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang kerana disyaki menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan pada kedudukan kira-kira 23.1 batu nautika dari tenggara, Tanjung Tembeling, lebih kurang pukul 1.20 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, semasa rondaan Op Makmur dan Op Tiris yang dijalankan, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan dan sedang bergerak menuju ke Kuala Kuantan.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat lima orang kru termasuk tekong warga Myanmar berusia lingkungan 36 hingga 44 tahun berada di atas bot dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki permit yang meragukan.

Bot serta dua bidang pukat, dua papan tunda, 70 kilogram (kg) gamat, 10 kilogram (kg) ikan campur, tekong serta empat kru ditahan dan dibawa ke Jeti Penerpa, Kuantan Slipway untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Pengusaha bot pukat tunda diingatkan supaya mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan Jabatan Perikanan dan memastikan kru warga asing telah mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah jabatan berkenaan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syarat lesen bot.

Orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian 09-5717345 atau melalui talian kecemasan MERS 999.

 

N   B
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC