02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

ZON MARITIM SEMPORNA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP BARANGAN KOSMETIK BERNILAI LEBIH RM26 RIBU

SEMPORNA, 10 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk barangan kosmetik

yang dianggarkan bernilai lebih RM26 ribu di Perairan Utara Pulau Gaya, Semporna sekitar pukul 1.55 pagi tadi.

Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot telah bertindak nekad melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke arah kawasan perkampungan di sekitar Pulau Gaya,Semporna.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak yang mengandungi barangan kosmetik pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan sekitar daerah Semporna.

Berikutan penemuan berkenaan, Zon Maritim Semporna akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan serta menjejak suspek yang dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan di daerah Semporna.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 di bawah seksyen 135 (1) (a) atas kesalahan terlibat dalam mengimport atau mengeksport apa-apa barangan tidak berkastam atau apa-apa barangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barangan tak berkastam atau barang larangan itu dikapalkan untuk diturunkan dari kapal dihantar serah.

Individu yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda  nilai barangan itu atau RM50 ribu atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500 ribu atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi atau dipenjarakan selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan hot spots terutamanya sekitar sempadan perairan negara untuk membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.

Maritim Malaysia turut menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

GAMBAR 2   GAMBAR 3

 

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC