02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

CARILAMAT | BOT PEMANCING ROSAK, 12 MANGSA DISELAMATKAN MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 10 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak berjaya menyelamatkan 12 pemancing warga tempatan yang berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki mengalami kerosakan pada sistem kemudi di kedudukan 24 batu nautika tenggara Pulau Jarak, Perak pada sekitar jam 4.56 petang semalam.
 
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, maklumat insiden itu diperoleh daripada MRSC Langkawi berkenaan pengesanan ‘distress’ dari Personal Locator Beacon (PLB) milik salah seorang mangsa. 
 
KM TUGAU yang sedang melakukan rondaan rutin menerusi OP PINTAS, OP SAYONG dan OP TIRIS telah diaturgerak ke lokasi dan melakukan pencarian dalam radius lima hingga lapan batu nautika.
 
Bot yang telah ditemukan telah ditunda oleh bot bantuan sambil diiring KM TUGAU ke pelantar Bagan Parit 4, Hutan Melintang pada sekitar jam 12.46 pagi tadi.
 
Kesemua pemancing yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil 
 
Komuniti maritim disarankan agar membuat persediaan sewajarnya sebelum turun ke laut dan menangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan laut bergelora, pastikan bot dalam keadaan baik serta dilengkapi dengan peralatan seperti jaket keselamatan, alat komunikasi dan peranti Personal Located Beacon (PLB) untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.
 
Patuhi undang-undang yang ditetapkan dan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang melakukan sebarang salah laku bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. 
 
Sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
 
WhatsApp Image 2023 07 10 at 14.36.52 
 
WhatsApp Image 2023 07 10 at 14.36.55
 
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC