10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA JALANI BENGKEL BERSAMA JEPUN, TINGKAT KEUPAYAAN MENANGANI BOT NELAYAN ASING

KOTA KINABALU, 13 Jan 2023 – 30 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengikuti Bengkel Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing serta United Nation Convention On The Law Of The Sea (UNCLOS) yang berlangsung selama empat hari anjuran bersama Maritim Malaysia dan Japan International Cooperation Agency (JICA).  

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata bengkel yang dijalankan merupakan salah satu inisiatif dari pengisian memorandum persefahaman berkaitan Projek Meningkatkan Kapasiti Pendidikan dan Latihan serta Menggalakkan Kerjasama Antara Negara Jiran  yang telah ditandatangani pada 2018 di antara Maritim Malaysia dan JICA.

Bengkel yang dijalankan selama empat hari di Kapal Maritim Arau (KM Arau) bermula pada 9 Januari lalu turut merangkumi sesi latihan pengendalian peranti akustik jarak jauh (LRAD) di sekitar perairan Kota Kinabalu.  

Latihan ini dilaksanakan bagi memahirkan pegawai dan anggota mengendalikan peralatan itu serta menguji jarak berkesan kepada bot suspek, terutamanya nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Peralatan tersebut berfungsi dengan cara  mengeluarkan frekuensi bunyi yang menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa yang disasarkannya. Peranti ini bertindak sebagai alat mengusir bagi bot-bot peceroboh yang enggan memberikan kerjasama serta bertindak agresif.

Terdahulu, Maritim Malaysia telah menerima empat LRAD sumbangan daripada kerajaan Jepun semasa Majlis Perasmian Bengkel IUU Fishing dan UNCLOS serta Penerimaan LRAD pada 9 Januari lalu. Keempat-empat LRAD akan ditempatkan di kapal-kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Maritim Malaysia yang beroperasi di sempadan perairan negara.

Dengan adanya inisiatif ini Maritim Malaysia mampu meningkatkan keupayaan dalam menangani isu-isu pencerobohan nelayan asing serta memperkasakan keselamatan perairan negara.

WhatsApp Image 2023 01 13 at 13.37.51  

WhatsApp Image 2023 01 13 at 13.37.53 1

     
WhatsApp Image 2023 01 13 at 13.37.53   WhatsApp Image 2023 01 13 at 13.37.49
Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

𝗗𝗶𝗿𝗴𝗮𝗵𝗮𝘆𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂,

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC