05
Ahd, Mei

Grid List

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

LAPAN NELAYAN DITAHAN LANGGAR SYARAT SAH LESEN

KUALA KEDAH, 2 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan lapan nelayan tempatan selepas disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen dalam pemantauan Op Aman di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Pulau Bunting pada jam 11.13 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Bagan Tiang, Perak itu disyaki melakukan dua kesalahan dengan melanggar kawasan aktiviti perikanan dan lesen menangguk siput telah tamat tempoh pada tahun 2020.

Operasi pemantauan dijalankan berikutan aduan awam yang diterima oleh pihak Maritim Malaysia mengenai kehadiran beberapa bot nelayan tempatan yang bernombor pendaftaran dari negeri Perak di lokasi terbabit.

Pemeriksaan awal mendapati bot nelayan tempatan yang dikendalikan oleh lapan kru berusia antara 18 hingga 47 tahun itu penuh dengan muatan siput bayam yang dianggarkan sebanyak 700 kilogram.

Bot, enjin beserta hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM 21, 050 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah dan disiasat dibawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

gambar 1    gambar 3 
gambar 4    
Grid List

MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN

PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.

Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.

Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.

Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.

Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.

 

MN PP PPM 2
 
MN PP PPM 3
 
MN PP PPM 4

 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC