25
Sat, Jul

95 TONG GAS LPG DIRAMPAS, MARITIM MALAYSIA TAWAU GAGALKAN SINDIKET SELUDUP RENTAS SEMPADAN

TAWAU, 13 SEPTEMBER – Cubaan sindiket menyeludup keluar tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau malam tadi.

Sebuah bot kargo tanpa nombor pendaftaran ditahan sekitar pukul 10.40 malam di kedudukan 1.1 batu nautika utara Tanjung Doris. Hasil pemeriksaan menemukan 95 tong gas LPG tanpa permit sah di atas bot tersebut.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan pergerakan mencurigakan bot terbabit ketika rondaan Ops Sejahtera, Ops Pluto Timur dan Ops Tiris di kawasan sempadan perairan yang dipercayai dari negara jiran.

“Bot dikendalikan seorang tekong warga Indonesia berusia 27 tahun bersama dua pembantu berusia 29 dan 25 tahun,”

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri serta permit berkaitan barangan kawalan yang dibawa,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan turut membawa 18 tong gas berlabel Petronas, 77 tong gas berlabel MyGas serta 22 gelen kosong. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM52 ribu.

Ketiga-tiga suspek, bersama bot dan muatan, telah ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen JPDS.

Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan dalang sebenar sindiket serta terus memperketatkan kawalan di jeti-jeti haram dan rondaan pada waktu malam.

“Maritim Malaysia komited memastikan perairan Tawau bebas daripada aktiviti penyeludupan rentas sempadan yang merugikan negara,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti jenayah maritim boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

TAWAU GAS2
 
TAWAU GAS3
 
TAWAU GAS4

TEKONG TEMPATAN DITAHAN, HASRAT 33 PATI INDONESIA SELUDUP KELUAR KE NEGARA ASAL GAGAL

PELABUHAN KLANG, 12 SEPTEMBER – Cubaan seorang tekong warga tempatan menyeludup keluar 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor selepas bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang digunakan berjaya dipintas, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot berkenaan dikesan pada pukul 11.10 malam hasil risikan serta maklumat awam sebelum pasukan rondaan digerakkan di bawah OP EHSAN, OP TIRIS dan OP PATKOR OPTIMA MALINDO 32/25.

“Bot fiber terbabit enggan berhenti walaupun sudah diarahkan, sehingga berlaku aksi kejar-mengejar hampir 10 minit sebelum berjaya ditahan sekitar 5.5 batu nautika barat Tanjung Karang,” katanya.

Pemeriksaan lanjut menemui 21 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun termasuk seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun, serta 12 wanita berusia 25 hingga 63 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun. Kesemua mereka berhimpit di dalam bot tersebut.

Abdul Muhaimin turut berkata, semua PATI gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala tekong warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan bersama bot fiber terbabit.

“Siasatan awal mendapati sindiket mengenakan caj sekitar RM1,500 – RM2,500 bagi setiap PATI, bergantung kepada jarak lokasi perjalanan”, jelas Muhaimin.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana cubaan keluar melalui laluan tidak diwartakan, manakala tekong berkenaan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Kesemua tahanan bersama bot telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan, operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras jenayah rentas sempadan, selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sebarang kegiatan mencurigakan di laut melalui talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.


PATI 33 INDO2
 
PATI 33 INDO3
 
PATI 33 INDO4
 
PATI 33 INDO5

GUNA KRU ASING TANPA PERMIT, BOT TUNDA LESEN TAMAT TEMPOH DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUCHING. 12 SEPTEMBER – Sebuah bot tunda bersama lima kru warga asing termasuk seorang nakhoda warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, penahanan dibuat pada jam 3.20 petang semalam di kedudukan 10 batu nautika barat laut Tanjung Selalang ketika rondaan OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan lima kru berusia antara 21 hingga 30 tahun, termasuk empat warga Myanmar yang tidak memiliki permit sah.

“Bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah MSO 1952 kerana lesen tamat tempoh dan gagal mempamerkan dokumen perkapalan.”

“Selain itu, ia juga melanggar Akta Imigresen kerana menggajikan kru warga asing tanpa permit,” jelas beliau.

Bot bersama semua kru ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Sarawak dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelakkan risiko insiden tidak diingini.

Sebarang maklumat atau aduan boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk tindakan segera.

 

TUNDA LESEN2
 
TUNDA LESEN3
 
TUNDA LESEN4

PENYELUDUPAN BERPUTIH MATA, CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK GAGAL

SANDAKAN, 12 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran dalam satu operasi penguatkuasaan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Suhairy bin Hussain berkata, sebuah bot tanpa nombor pendaftaran ditahan pada pukul 12.45 tengah hari di kedudukan 8.79 batu nautika utara Kuala Mumiang.

“Suspek dilihat cuba membuang beberapa objek ke laut setelah menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut membawa sebanyak 120 pek minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,”

“Turut ditemui wang tunai berjumlah RM6,850.00 bersama salah seorang kru yang ditahan,” katanya.

Tambah beliau, tiga kru lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 39 tahun turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, selain bot yang digunakan juga tidak mempunyai dokumen pendaftaran.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. Bot bersama barang rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM70,00.00 beserta kru telah diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan perairan negara melalui kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan,”

“Rondaan serta pemantauan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan negara kekal selamat,” tegas beliau.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan, jenayah maritim atau kecemasan di laut boleh menyalurkan aduan ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 yang beroperasi 24 jam.

 

MINYAK GAGAL

 

 

LATIHAN KOMUNIKASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SARCOMEX) DUA HALA MALAYSIA – BRUNEI

PUTRAJAYA, 12 SEPTEMBER – Pusat Koordinasi Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (NSARCC) Brunei hari ini berjaya melaksanakan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala yang berlangsung dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Latihan ini bertujuan menguji kecekapan saluran komunikasi dan memperkukuh koordinasi operasi CARILAMAT antara kedua-dua negara, selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bersama dalam menangani kecemasan di laut.

Senario latihan mensimulasikan sebuah kapal tangki LNG yang hampir tenggelam di perairan Brunei akibat cuaca buruk serta isu pemuatan kargo. Seramai 15 mangsa dilaporkan berada di rakit penyelamat sebelum berjaya diselamatkan melalui kerjasama aset Malaysia dan Brunei.

MRCC Putrajaya diwakili oleh Bintara Kanan Maritim Prakash a/l Palany, Laskar Kanan Maritim Azmi bin Abu dan Laskar Kanan Maritim Lili Estiti binti Mohd Bacuk.

Keseluruhan latihan telah berjalan dengan lancar serta mencapai objektif ditetapkan, sekali gus menegaskan komitmen erat Malaysia dan Brunei dalam memperkukuh keselamatan maritim serantau.

 

SARCOMEX MRCC
 
SARCOMEX MRCC2
 
SARCOMEX MRCC4

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON