22
Wed, Apr

DUA NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA BOT TANPA PENDAFTARAN DAN PUKAT RAWA SORONG

KUALA KURAU, 23 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot Rawa Sorong di kedudukan 2.7 batu nautika barat Pulau Terong, Perak pada jam 11.00 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, tangkapan itu dibuat selepas pemeriksaan ke atas bot didapati menggunakan kaedah menangkap ikan dengan peralatan yang tidak dibenarkan.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, "

“Kami akan terus memperhebat operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara bebas daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang,” tegas beliau.

Bot ditunda ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, pemilik vesel boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

RAWA SORONG KURAU
 
RAWA SORONG KURAU2
 
RAWA SORONG KURAU4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON