08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI WARAN 11 MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 18 Januari – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain-Lain Pangkat, Pegawai Waran II Maritim telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh pada jam 11.00 pagi semalam.

Majlis itu menyaksikan dua anggota Bintara Kanan Maritim dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran II Maritim iaitu Pegawai Waran II Maritim Nik Suhaimi bin Nik Ismail dari KM PEKAN mengisi perjawatan di Unit C4SIR, Seksyen Operasi, Maritim Negeri Pahang manakala Pegawai Waran II Maritim Syed Habib bin Syed Husain juga dari KM PEKAN bertukar ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Turut hadir ke majlis itu ialah Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pegawai Memerintah KM PEKAN.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua anggota dan semoga kenaikan pangkat ini memberi semangat kepada anggota yang lainnya untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan serta meningkatkan lagi prestasi kerja yang diamanahkan.

 

WhatsApp Image 2024 01 18 at 2.32.12 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 18 at 2.32.13 PM

CERAMAH BUDAYA KERJA CEMERLANG OLEH SYAMSUL DEBAT DI AMSAS

KUANTAN, 18 Januari – Ceramah Budaya Kerja Cemerlang telah dianjurkan oleh Masjid Al-Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) semalam.

Ceramah itu disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat yang berlangsung di Dewan Auditorium AMSAS.

Seramai 250 warga AMSAS yang terdiri daripada kakitangan, pelatih Laskar Kanan Maritim Kelas II Siri 17/ 2023 dan Persatuan Suri & Anggota Wanita, PUSPANITA AMSAS.

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman dan barisan Pegawai Tertinggi AMSAS (PTA).

Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat ialah mengenai tip-tip budaya kerja cemerlang yang boleh diamalkan mengikut saranan Islam disulami dengan kata-kata motivasi, semangat dan nasihat dalam gaya bahasa yang santai dan mencuit hati para hadirin.

 

CERAMAH SYAMSUL 3
 
CERAMAH SYAMSUL 2

MAJLIS PEMBUKAAN THE MAFDC COURSE SERIAL 44/2024

PUTRAJAYA, 8 Januari – Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah menganjurkan The MAFDC Course Serial 44/2024 pada Rabu, 3 Januari lalu yang telah disempurnakan oleh Pengarah MPAT, Laksamana Pertama Badarudin bin Taha TLDM.

The MAFDC Course Serial 44/2024 disertai seramai 69 peserta yang terdiri daripada pegawai dari pelbagai perkhidmatan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan tujuh peserta antarabangsa dari India, Indonesia, Jordan, Saudi Arabia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Laksamana Pertama Badarudin bin Taha TLDM dalam ucapannya berkata, beliau menekankan peri pentingnya aspek pengurusan masa adalah menjadi kunci kejayaan utama dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kemudian sesi taklimat mengenai pengenalan kursus dan latar belakang MPAT disampaikan oleh Timbalan Komander MPAT, HOSSIR dan tenaga pengajar fakulti terlibat.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar oleh para peserta dan barisan tenaga pengajar serta pihak pengurusan tertinggi MPAT.

(Sumber gambar dan laporan : Maktab Pertahanan Angkatan Tentera)

 

Kursus MPAT   Kursus MPAT 6   Kursus MPAT 13   Kursus MPAT 14

TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) MELAWAT LIMBUNGAN BOUSTEAD SHIPYARD LANGKAWI

BUKIT MALUT, 15 Januari – Bagi melihat sendiri proses kerja-kerja pembaikan kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Limbungan Boustead Shipyard Langkawi Sdn. Bhd (BLSY), petang semalam.

Datuk Saiful memaklumkan, lawatan berkenaan diadakan bagi mengetahui status pembaikan kapal-kapal yang telah dihantar kepada limbungan berkenaan agar ia menepati masa sebagaimana yang ditetapkan.

Katanya, selain melihat status pembaikan kapal di limbungan berkenaan, lawatan ini juga turut membincangkan tentang perancangan pembaikan kapal dan bot Maritim Malaysia untuk tahun 2024.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Pemangku Ketua Limbungan, Cik Siti Salwa binti Abu Bakar bersama-bersama Ketua Unit Limbungan tersebut.

Turut hadir sama dalam lawatan berkenaan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

 

LAWAT OPV 2   LAWAT OPV 3   LAWAT OPV

LAWATAN DELEGASI TLDM KE KAPAL PERONDA LUAR PESISIR (OPV 1) MARITIM MALAYSIA

KLANG, 6 Januari – Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Yusne Mokhtar mengetuai Delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam lawatan ke Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV 1) yang bertambat di Jeti Pusat Hidrografi Nasional pada 5 Januari lalu.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meneroka opsyen tambahan kepada TLDM bagi perancangan perolehan kapal pada masa hadapan melalui kepakaran limbungan tempatan.

Delegasi TLDM disambut oleh Pengarah Projek OPV, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Harun dan pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

Lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan Projek OPV yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Mohd Naqeeb Pauzi dan diakhiri dengan ‘walk-about’ di OPV 1.

TLDM berharap agar kerjasama erat dengan Maritim Malaysia khususnya dalam perkongsian pengalaman dan pengurusan projek kapal dapat diperkukuhkan demi memelihara kepentingan kedua-dua perkhidmatan.

 

Sumber : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

 

LAWAT OPV 2   LAWAT OPV 5   LAWAT OPV 4   LAWAT OPV 6  

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC