08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

HUT 19 | SAMBUTAN PERINGKAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 17 Februari – Maritim Negeri Sarawak tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-19 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan pelbagai pengisian program menarik sepanjang Februari ini.

Walaupun Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) menjadi tuan rumah lokasi sambutan HUT ke-19 di peringkat kebangsaan, namun bagi anggota Maritim Malaysia di Maritim Negeri dan Zon Maritim; tarikh keramat - 15 Februari turut diraikan dengan cara tersendiri.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Majlis Doa Selamat dan pengisian ceramah Israk Mikraj membuka tirai sambutan HUT-19 bagi MN sarawak.

Jelasnya, penganjuran program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sarawak itu diadakan bertempat di Masjid Darul Naim, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) pada 14 Februari.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah yasin dan tahlil, seterusnya sesi ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai Dakwah Unit Latihan HIKMAH Sarawak, Ustaz Haji Sarbini Dahlan yang bertajuk 'Jejak Perjalanan Rasulullah S.A.W'.

Pada 15 Februari, satu Majlis Perbarisan Khas telah diadakan di Dewan Santubong yang dihadiri oleh seluruh warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi MN Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Perbarisan yang bermula pada jam 8 pagi itu dibuka dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Syahrul Ehsan bin Abdullah, seterusnya ucapan, nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Maritim Perkasa.

Pada 17 Februari, sambutan HUT-19 MN Sarawak diteruskan dengan Hari Terbuka Kapal Maritim di Jeti Maritim Negeri Sarawak.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan acara sampingan berbentuk sukan dan riadah iaitu pertandingan memancing ‘Joran Master KOMTAS’, pertandingan E-Sukan dan terdapat juga reruai jualan, pameran kerjaya serta sesi taklimat kempen ‘preventive SAR’.

Untuk makluman kepada komuniti nelayan dan masyarakat setempat yang tinggal di bandar Kuching, pada 22 Februari nanti bertempat di Dewan Santubong IPMNS, satu Program Derma Darah akan diadakan bermula pada jam 9.00 pagi.

Diharapkan dengan penganjuran pelbagai program yang disusun sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-19 Maritim Malaysia yang bertemakan 'Maritim Perkasa Melestarikan Madani' pada kali ini bakal mencapai objektif seperti yang diharapkan.

 

MN SARAWAK HUT19 2   MN SARAWAK HUT19 4   MN SARAWAK HUT19 5   MN SARAWAK HUT19 6

HUT 19 | KHUTBAH JUMAAT ANGKAT TEMA ‘MARITIM PERKASA MELESTARIKAN MADANI’

TAWAU, 16 Februari – Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-19 Maritim Malaysia semalam, tema 'Maritim Perkasa Melestarikan Madani' telah diangkat menjadi tajuk khutbah Jumaat.

Zon Maritim Tawau dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah membacakan khutbah Jumaat itu di Masjid Al Kauthar, Tawau hari ini.

Antara intipati khutbah yang disampaikan oleh anggota Unit Keselamatan Zon Maritim Tawau, Laskar Kanan Maritim Wan Mohd Afwan bin Wan Bashirudin ialah kepentingan menjaga kedaulatan negara bukan sahaja terletak di bahu pasukan keselamatan dan penguat kuasa tetapi seluruh rakyat Malaysia demi memastikan keamanan negara terpelihara.

Oleh itu, masyarakat digesa untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pasukan keselamatan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan agar tindakan penguatkuasaan dapat dibuat segera.

Turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman dan Pegawai Tadbir JHEAINS Cawangan Tawau, Kahar Sundu.

Terdahulu, sebelum azan Zohor dan khutbah Jumaat dibacakan, para jemaah diberikan takzirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Mukmin bin Amir Japar.

 

KHUTBAH JUMAAT   KHUTBAH JUMAAT 2   KHUTBAH JUMAAT 3   KHUTBAH JUMAAT 4

HUT 19 | LAWATAN PENDEDAHAN PASKAM UniMAP di AMSAS

KUANTAN, 14 Februari – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-19 Maritim Malaysia yang disambut esok, seramai 24 mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menganggotai Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) telah dijemput bagi terlibat dalam Istiadat Perbarisan HUT ke-19.

Selain daripada menghadiri sambutan HUT ke-19, kesemua mahasiswa telah diberikan pendedahan komprehensif dengan di bawa melawat fasiliti serta kemudahan yang terdapat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Antara pengisian lawatan ialah melawat Pusat Selam AMSAS, lawatan ke Malaysia Mission Control Centre (MyMCC), lawatan ke Lapang Sasar Tertutup dan beberapa lagi kemudahan yang tersedia.

Lawatan yang diadakan itu antara tujuannya ialah memupuk minat Kadet PASKAM dalam aktiviti menyelam dan CARILAMAT, memberi pendedahkan mengenai isyarat sewaktu kecemasan dan mengetahui tentang peralatan yang digunakan semasa kecemasan di laut serta pendedahan berkaitan penggunaan senjata api kecil serta keselamatannya.

Seramai empat Pegawai termasuk Anggota penyelaras dan penyelia PASKAM UniMAP daripada Zon Maritim Kuala Perlis turut hadir dan terlibat dengan diketuai oleh Pegawai Penyelaras, Leftenan Maritim Mohamad Zaimi bin Yakub.

 

PASKAM UNIMAP 2   PASKAM UNIMAP 4   PASKAM UNIMAP 6   PASKAM UNIMAP 7

 

 

HUT 19 | MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-19 APMM

KUANTAN, 14 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama lebih 500 jemaah yang terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah hadir dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-19 Maritim Malaysia di Masjid Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini malam ini.

Datuk Seri Saifuddin dalam ucapan ringkas berkata, kerjaya sebagai penguat kuasa Maritim Malaysia sangat penting kerana seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan besar kepada Agensi ini untuk mengawal perairan negara yang berkeluasan 556,285 kilometer persegi dari segala ancaman jenayah di laut.

Justeru tambah beliau, seluruh pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga memberikan khidmat bakti kepada negara kerana tugas dan tanggungjawab ini akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Terdahulu majlis telah dimulakan dengan sesi ceramah oleh Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham bertajuk 'Israk Mikraj suatu perjalanan Agung Rasulullah SAW, suatu ketahanan Jiwa dan spritual Rasulullah SAW sebagai mentor perjuangan Maritim Malaysia'.

Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Solat Hajat berjemaah serta Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Kepten Maritim Nik Kamaruddin Yunoh.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

 

YASSIN TAHLIL HUT   YASSIN TAHLIL HUT 3   YASSIN TAHLIL HUT 5   YASSIN TAHLIL HUT 4

MAJLIS PEMAKAIAN SAYAP PENERBANG DAN TAMAT LATIHAN AIRCREWMAN MARITIM MALAYSIA

IPOH, 14 Februari – Seramai 12 anggota Maritim Malaysia telah menerima Sayap Penerbang dan Tamat Latihan Aircrewman dari Layang-layang Flying Academy (LLFA) pada 6 Februari lalu.

Majlis Pemakaian Sayap Penerbang dan Tamat Latihan Aircrewman telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam.

Menurut Laksamana Pertama Maritim Syed Islam, daripada 12 orang anggota yang menerima Sayap Penerbang dan Tamat Latihan Aircrewman itu; enam anggota adalah sebagai Helicopter Hoist Operator (HHO) manakala enam lagi ialah Rescue Swimmer (RS) untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Kesemua anggota yang diraikan ini menjalankan kursus di LLFA bermula pada 10 Julai 2023 dan telah tamat dengan jayanya pada 6 Februari lalu.

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Operasi Layang Layang Flying Academy, Haji Kamaludin bin Osman dan Penolong Pengurus Besar Kumpulan (LLFA), Captain Mohd Nazir bin Kassim.

Laksamana Pertama Maritim Syed Islam menambah, diharapkan kesemua anggota yang menamatkan latihan dan menerima Sayap Penerbang ini dapat mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang ditimba di LLFA sebaik mungkin di Skuadron masing-masing.

 

WhatsApp Image 2024 02 14 at 3.10.30 PM
 
WhatsApp Image 2024 02 14 at 3.11.03 PM

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC