window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); PERSEMBAHAN DEMONSTRASI ‘PUKAU’ PENGUNJUNG KMP 2024
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI ‘PUKAU’ PENGUNJUNG KMP 2024

KUALA TERENGGANU, 29 Februari – Persembahan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui teknik fast-roping diikuti letupan pyrotechnic serta pertunjukan aset laut dan udara milik Agensi ini telah memukau pengunjung yang hadir ke Karnival Maritim Perkasa 2024 di Jambatan Angkat (Drawbridge) di sini hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, persembahan yang dipertontonkan kepada umum ini merupakan sebahagian tugasan yang digalas oleh pihak Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.

Tambah beliau, peranan yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia merupakan salah satu daripada 10 fungsi yang terkandung dalam Kementerian ini iaitu memelihara keselamatan dan ketenteraman awam agar negara selamat daripada segala ancaman bahaya.

Jelas beliau, Karnival Maritim Perkasa 2024 antara platform penting untuk memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Karnival Maritim Perkasa 2024 di sini hari ini.

Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB Datuk Razali Idris, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung penyerahan mock cheque tajaan daripada empat rakan strategik Maritim Malaysia terdiri daripada Weststar Aviation Services Sdn Bhd, Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd, AMP Corporation (M) Sdn Bhd dan KDN kepada Koperasi Maritim Berhad dalam menjayakan karnival ini.

Bertemakan “Melestarikan Warisan Maritim Negara” karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Februari sehingga 2 Mac 2024 ini turut dimeriahkan dengan forum agama, aktiviti kesenian & kebudayaan, tayangan teater, meet & greet bersama selebriti terkenal tempatan dan konsert nasyid oleh Rabbani, NowSeeHeart dan Fareez (Mentor).

Selain itu, program Jualan RAHMAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut diadakan dengan potongan harga barangan sehingga 30% bagi lebih 150 barangan keperluan asas harian seperti ayam, beras, telur ayam, ikan siakap, minyak masak botol, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan 35 reruai pameran dan kaunter perkhidmatan kerajaan seperti kaunter permohonan passport Jabatan Imigresen Malaysia (APMM), kaunter derma darah dan ujian saringan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demonstrasi sebatan Jabatan Penjara Malaysia, pameran Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd selain hampir 100 gerai jualan produk usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan turut dibuka sepanjang karnival ini berlangsung.

 

KMP RASMI   KMP RASMI 4   KMP RASMI 3   KMP RASMI 5
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC