window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JAPAN COAST GUARD KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JAPAN COAST GUARD KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 24 JUN – Susulan lawatan kapal Japan Coast Guard (JCG), Mizuho ke Pelabuhan Klang semalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi JCG yang diketuai oleh Vice Commandant for Operations, Vice Admiral Kanosue Hiroaki di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Kunjungan hormat ini dimulakan dengan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) sebagai penghormatan ke atas delegasi JCG dan kesemua delegasi disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Maritim Malaysia dan JCG yang sekian lama terjalin dalam melaksanakan komitmen berterusan terhadap usaha memuktamadkan Memorandum Kerjasama (MoC) antara kedua-dua agensi yang dilihat sebagai instrumen strategik untuk mempertingkat kolaborasi dalam bidang keselamatan maritim.

Kerjasama teknikal turut menjadi antara fokus utama kunjungan ini dengan menyatakan penghargaan Maritim Malaysia kepada JCG atas pelaksanaan latihan oleh Mobile Cooperation Team (MCT) serta latihan penahanan khusus yang sedang dijalankan dalam memperkukuh keupayaan operasi serta kemahiran taktikal pegawai dan anggota Maritim Malaysia.

Turut hadir dalam sesi ini, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah; Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Nasir bin Man.

 

KUNJUNGAN JAPAN
 
KUNJUNGAN JAPAN3
 
KUNJUNGAN JAPAN4
 
KUNJUNGAN JAPAN5
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC