24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN

PASIR PUTEH, 4 MEI – Maritim Negeri Kelantan telah melaksanakan satu operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) segera bagi membantu seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami serangan asthma di Pulau Perhentian, semalam.

Operasi tersebut dijalankan selepas Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan daripada petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian kira-kira pukul 12.15 tengahari, memohon bantuan pemindahan segera pesakit bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya membawa pesakit, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ke Jeti Penumpang Kuala Besut dalam tempoh kurang satu jam sebelum dikejarkan ke Hospital Besut dengan menaiki ambulans untuk rawatan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten MaritimErwan Shah bin Soahdi berkata, tindakan segera itu dilakukan kerana keadaan pesakit yang semakin lemah dan memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

"Kami bertindak pantas setelah menerima maklumat. Kerjasama semua pihak membolehkan pesakit berkenaan dibawa ke Hospital Besut dengan segera,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim, khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil atau pulau yang sukar diakses.

"Orang ramai disaran untuk sentiasa peka dengan keadaan kesihatan masing-masing dan tidak teragak-agak menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kecemasan,” tambah beliau.

 

 BANTU PERHENTIAN
 
BANTU PERHENTIAN2
 
BANTU PERHENTIAN4

VESEL NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN ASET MARITIM NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 29 APRIL – Maritim Negeri Kelantan berjaya menahan sebuah vesel nelayan asing Vietnam pada kedudukan lebih kurang 94 batu nautika dari muara Tok Bali Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan dilakukan oleh sebuah kapal penguatkuasa Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam dalam OP DAMAI, OP NAGA BARAT dan OP TIRIS.

Vesel nelayan asing tersebut telah dikesan dalam keadaan mencurigakan pada 1649H 27 April sebelum berjaya ditahan lebih kurang pukul 1709H petang berkenaan.

Beliau memaklumkan, bot pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara apabila penguatkuasa Maritim Malaysia memberikan arahan untuk menghentikan vesel.

Melihat keadaan yang berlarutan, kapal Maritim Malaysia bertindak memintas VNAV dan melakukan force boarding untuk menghentikan VNAV berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel tersebut mempunyai 3 orang kru termasuk tekong. Kesemua mereka disyaki warga Vietnam berumur di antara 37 hingga 41 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, vesel yang ditahan merupakan vesel nelayan asing Vietnam.

Selain sebuah Vesel yang ditahan, tangkapan kali ini turut melibatkan rampasan kira-kira 5,000 kilogram hasil laut, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan diesel 600 liter dengan anggaran nilai hampir RM1 juta.

Vesel Nelayan Asing tersebut disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Tekong disyaki melanggar Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.

Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabit kesalahan bagi kes perikanan, boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985, bot dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Bagi kes di bawah Imigresen, tekong dan kru boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada enam kali sebatan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Proses membawa balik vesel nelayan asing tersebut telah mengambil masa selama 23 jam sebelum vesel tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan kira-kira pukul 15.55 petang Isnin untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.


VESSEL VIETNAM
 
VESSEL VIETNAM2

DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN LEMAS DI PERAIRAN BATU PAHAT

BATU PAHAT, 27 APRIL – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat selepas kejadian dua nelayan terjatuh ke laut berhampiran Kuala Sungai Suloh, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, pihaknya menerima aduan daripada anak salah seorang mangsa pada 12.20 tengah hari selepas kedua-dua nelayan gagal pulang sejak keluar ke laut pada 25 April, 3.00 petang.

“Bot PETIR 51 Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi sejurus aduan diterima. Mayat pertama, Mahat Rasiman, 77, ditemukan pada 1.00 tengah hari, diikuti mayat kedua, Mohamad Nizam Sarman, 51, kira-kira 45 minit kemudian, kedua-duanya di kedudukan sekitar 0.3 batu nautika barat daya Kuala Sungai Suloh,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai tergelincir dari bot gentian kaca ketika menangkap ikan. Kedua-dua mayat dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada polis untuk bedah siasat dan pengecaman ahli keluarga.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di laut, khususnya dalam keadaan cuaca buruk dan laut bergelora.

Sebarang maklumat kecemasan boleh disalurkan melalui talian hotline Zon Maritim Batu Pahat di 07-4344020 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

ORANG LEMAS2
 
ORANG LEMAS4
 
ORANG LEMAS3

SEORANG PEMANCING BERDEPAN SAAT CEMAS SELEPAS KAYAK TERBALIK, BERJAYA DISELAMATKAN

KUANTAN, 27 APRIL – Seorang pemancing berdepan saat cemas apabila kayak yang dinaikinya terbalik berjaya diselamatkan di perairan berhampiran Kuantan Port Consortium (KPC) dalam satu insiden yang berlaku, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng kira-kira pukul 6.25 petang, melaporkan kejadian seorang mangsa jatuh laut kerana kayaknya telah dimasuki air dan terbalik.

Mangsa, Mohamad Saiful Hafizie bin Mohd Kamaruzaman, 32, sempat menghubungi pihak berkuasa melalui telefon dan memaklumkan beliau tidak mampu memulihkan kembali kedudukan kayak tersebut.

Bagi menyelamatkan diri, mangsa telah memanjat sebuah beacon berhampiran untuk menunggu bantuan.

Bertindak pantas atas laporan tersebut, Sea Bot Kapal Maritim (KM) PEKAN digerakkan ke lokasi kejadian pada pukul 7.15 malam bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menggunakan Bot Pilot Pelabuhan.

Mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 7.45 malam dan seterusnya tiba dengan selamat di jeti KPC pada pukul 8.05 malam.

Maritim Malaysia menasihatkan para pemancing kayak, khususnya di sekitar perairan Kuantan agar mengutamakan keselamatan dengan tidak keluar secara bersendirian dan memastikan langkah-langkah keselamatan diambil sebelum memulakan aktiviti.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan 999.

 

KAYAK TERBALIK2
 
KAYAK TERBALIK3
 
KAYAK TERBALIK4

BOT PENUMPANG DITAHAN MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

PELABUHAN KLANG, 27 APRIL – Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor pada kedudukan kira-kira 0.15 batu nautika Tenggara Sungai Lima, Pulau Ketam pada sekitar pukul 6.15 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot yang sarat dengan penumpang itu ditahan oleh KM DANGA yang sedang melaksanakan rutin rondaan dan OPERASI KHAS MARDOF di perairan Selangor.

Hasil pemeriksaan awal ke atas bot itu mendapati, terdapat dua lelaki warga tempatan, seorang berusia 60 tahun bertindak selaku nakhoda bot berkenaan dan seorang kru berusia 18 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu telah melakukan pelbagai kesalahan dibawah

Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat sah lesen, iaitu lesen dan insuran telah tamat tempoh dan membawa lebihan penumpang seramai 78 orang dan bot tersebut juga melakukan pengubahsuaian yang jelas melanggar syarat sah lesen.

Bot dan nakhoda dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah MSO.

Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi jika mendapati terdapat individu gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT SALAH2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC