window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); BERITA UTAMA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

PENYERAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN HANYUT DI PERAIRAN INDONESIA

MUAR, 15 JANUARI – Bot milik nelayan tempatan yang dilaporkan hanyut ke Bengkalis, Indonesia pada minggu lalu telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jam 2.00 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal berkata, bot tersebut telah diserahkan oleh dua wakil pegawai Polis Republik Indonesia (POLRI) pada kedudukan 17 batu nautika barat daya Parit Jawa, Muar.

Terdahulu, media melaporkan dua nelayan tempatan dan sebuah bot hilang di perairan Muar ketika keluar memancing pada 7 Januari lalu.

Bot yang dilaporkan hanyut itu mengalami kerosakan enjin sebelum dihanyutkan arus sehingga memasuki perairan Indonesia.

Dua nelayan tempatan berkenaan ialah Asamadi bin Omar, 55 dan Zulkefli bin Mad, 46, ditemukan selamat dan telah pulang ke Malaysia pada Jumaat lalu.

Sementara itu Mohammad Zaini turut memaklumkan, bot nelayan itu telah dibaik pulih dan diiringi POLRI sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.

“Semua urusan bagi membawa pulang bot tersebut telah diselesaikan semalam dan diserahkan kepada wakil Maritim Malaysia yang diketuai oleh Leftenan Maritim Mohd Hairulnizam bin Abdul Razak. Turut serta Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar, Encik Norhakim Simon.”

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada POLRI yang membantu dalam operasi penyerahan ini,” tambah beliau.

Untuk sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat melalui talian 07-4349343 atau NG 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

 

SERAH BOT
 
SERAH BOT2
 
SERAH BOT4
 
SERAH BOT5

REMAJA HILANG KETIKA MANDI DI PANTAI BATU SATU, KUALA BARAM

MIRI, 14 JANUARI – Seorang remaja berusia 16 tahun hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan, lewat petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, berdasarkan laporan awal, mangsa telah keluar bersama tiga rakannya untuk bermandi-manda di Pantai Batu Satu, Kuala Baram, pada jam 4.00 petang.

“Pada jam 5.00 petang, rakan mangsa memaklumkan kepada pengadu yang juga ibu mangsa bahawa anaknya telah hilang dan dikhuatiri lemas ketika mereka sedang leka berenang di pantai tersebut,

“Bertindak atas maklumat, dua aset laut Maritim Malaysia telah digerakkan ke kawasan kejadian bagi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT),” Kata Mohd Khairol.

Turut terlibat dalam Operasi CARILAMAT itu ialah Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di kawasan Kuala Baram semalam, angin bertiup dari arah tenggara dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam dengan ketinggian ombak yang mencatatkan satu hingga 1.5 meter serta hujan pada beberapa tempat di sekitar daerah Miri.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga jika perlu melakukan aktiviti di laut dengan memakai jaket keselamatan serta jika cuaca tidak mengizinkan, tangguhkan dahulu niat untuk turun ke laut agar terhindar daripada sebarang insiden.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri melalui talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432 544 / 082-432 016) atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

HILANG MIRI2
 
HILANG MIRI3
 
HILANG MIRI4
 
HILANG MIRI5

DUA VESEL PUKAT TUNDA DITAHAN ATAS EMPAT KESALAHAN

LUMUT, 14 JANUARI – Maritim Negeri Perak menahan dua vesel pukat tunda selepas dipercayai melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sungai Burung, Perak semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penahanan itu dibuat oleh pasukan operasi menggunakan aset Kapal Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar sektor operasi berkenaan bagi mencegah aktiviti jenayah di Zon Maritim Malaysia.

Kedua-dua tangkapan berkenaan dibuat pada kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika daripada barat laut Sungai Burung pada sekitar jam 12.45 hingga 1.00 tengah hari semalam, membabitkan dua tekong warga Myanmar dan Indonesia serta dua kru juga warga Indonesia berumur dalam lingkungan 21 hingga 41 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua vesel terbabit berpangkalan di Sungai Burung, Perak dan disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu beroperasi kurang dari lima batu nautika dari pantai, tidak memeliki buku lesen, pemilik tidak mengusaha sendiri bot terbabit manakala tekong dan kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta disyaki tidak menggunakan laluan keluar masuk ke negara ini yang diwartakan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/6.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan dengan anggaran 60 kilogram serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

LUMSEL4
 
LUMSEL5
 
LUMSEL2
 
LUMSEL3

GAGAL MENGEMUKAKAN LESEN, SEBUAH BOT TUNDA DITAHAN

MIRI, 14 JANUARI – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda pada kedudukan lebih kurang 3.6 batu nautika dari barat laut Kuala Miri atas kesalahan beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal memastikan lesen disimpan di atas bot ketika diperiksa.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot tunda berkenaan telah ditahan oleh pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 pada sekitar jam 6.10 petang semalam.

Menurutnya lagi, bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nahkoda berumur 49 tahun beserta dua anak kapal warga negara Indonesia berumur dalam lingkungan di antara 37 sehingga 42 tahun.

Bot tunda telah diiringi ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri dan kes disiasat di bawah Kaedah Bot 1953.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri melalui talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432 544 / 082-432 016) atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

TUNDA THN2

TIGA NELAYAN HILANG KETIKA MERAWAI DISAHKAN SELAMAT

LANGKAWI, 13 JANUARI – Tiga nelayan tempatan yang dilaporkan hilang di laut setelah keluar merawai di perairan Pulau Payar pada Khamis lalu disahkan selamat setelah mangsa berjaya menghubungi keluarganya tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC Langkawi) menerima maklumat daripada adik mangsa memaklumkan mangsa telah menghubungi ibu mereka dan memberitahu bahawa mereka selamat.

Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia yang dihubungi pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah memberi pengesahan bahawa ketiga-tiga mangsa telah diselamatkan oleh nelayan Aceh Tamiang dan berada dalam keadaan yang baik.

Maritim Malaysia menerusi MRSC Langkawi akan mengadakan rundingan bersama Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia bagi urusan membawa pulang ketiga-tiga mangsa berkenaan.

Berikutan daripada penemuan ketiga-tiga mangsa berkenaan, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah ditamatkan pada pukul 3.50 petang.

Maritim Malaysia mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua agensi sahabat terlibat sepanjang operasi CARILAMAT ini.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

NELAYAN SAFE

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC