24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, MARITIM NEGERI PERAK TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN

LUMUT, 17 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C yang menggunakan pukat tunda sebagai alat menangkap ikan kerana didapati melanggar syarat sah lesen iaitu menjalankan aktiviti perikanan di kawasan larangan, di kedudukan 7.4 batu nautika barat laut Pulau Buloh pada sekitar jam 5.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, VNT tersebut dikesan ketika sedang leka menjalankan aktiviti perikanan tanpa menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia di kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong dan awak-awak vesel yang terdiri daripada lima orang warga Myanmar gagal menunjukkan permit dan dokumen pengenalan diri yang sah dan diragui kesahihannya.

Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menjalankan aktiviti perikanan di kawasan larangan, serta di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melibatkan awak-awak yang tidak memiliki permit dan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Vesel, hasil tangkapan, dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia," kata Shukri.

Maritim Malaysia meningkatkan orang ramai terutamanya komuniti maritim bahawa penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman di perairan negara.

Sebarang maklumat mengenai pelanggaran undang-undang di laut diminta melaporkan segera ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan segera.

 

LANGGAR LESEN2
 
LANGGAR LESEN3
 
LANGGAR LESEN4

INSIDEN PELANGGARAN BOT FIBER DENGAN KAPAL LAYAR DI PERAIRAN PULAU CEPU

LANGKAWI, 15 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima laporan mengenai satu insiden pelanggaran melibatkan sebuah bot fiber Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dan sebuah kapal layar di perairan Pulau Cepu, Langkawi hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah menerima satu laporan pada pukul 10.20 pagi tadi berkenaan insiden pelanggaran melibatkan sebuah bot jenis VNT fiber dengan sebuah kapal layar di perairan Pulau Cepu, Langkawi.

“Makluman awal telah diterima melalui panggilan telefon daripada seorang pengadu yang memaklumkan bahawa kawannya bersama dua lagi individu telah terlibat dalam insiden tersebut,” katanya.

Bertindak atas maklumat tersebut, Bot KILAT 6 telah diatur gerak dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.40 pagi. Pemeriksaan awal mendapati bahawa bot VNT fiber terbabit telah terbalik akibat pelanggaran tersebut, namun kesemua tiga mangsa berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat. Bot VNT itu kemudiannya ditunda oleh bot lain ke Jeti Nelayan Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) tidak diaktifkan memandangkan kesemua mangsa telah disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan”, ujarnya.

Maritim Malaysia telah menasihati kesemua mangsa untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut setelah tiba dengan selamat di jeti masing-masing. Operasi bantuan aset tamat sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari apabila bot KILAT 6 kembali ke pangkalan.

Maritim Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menasihatkan kepada komuniti maritim untuk sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa berada di laut.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

INSIDEN CEPU2
 
INSIDEN CEPU3
 
INSIDEN CEPU4

RADAS TAMAT TEMPOH, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 10 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 2.5 batu nautika utara perairan Samalaju sekitar pukul 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan yang sedang belayar menuju perairan Bintulu.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot nelayan tersebut dikendalikan oleh lima orang kru warganegara Indonesia termasuk nakhoda yang berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun.

Bot nelayan tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta komunikasi Dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh yang boleh dikenakan hukuman denda.

Bot nelayan tempatan berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat serta aduan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun insiden kemalangan di laut, boleh menyalurkannya secara terus ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau di talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

 

VNT BINTULU2
 
VNT BINTULU

VESEL TUNDA DAN TONGKANG DITAHAN GAGAL PAMERKAN DOKUMEN YANG SAH DI PERAIRAN MIRI

MIRI, 15 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah berjaya menahan sebuah vesel tunda dan sebuah tongkang pada kedudukan lebih kurang 2.9 batu nautika barat laut Kuala Baram atas kesalahan gagal mengemukakan dokumen yang sah semasa diperiksa oleh pegawai agensi.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, vesel tunda dan tongkang berkenaan telah ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 sekitar pukul 4.16 petang semalam.

Menurutnya lagi, vesel tunda tersebut bersama enam kru termasuk nakhoda warga tempatan dalam lingkungan umur 28 hingga 59 tahun telah ditahan dan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen yang sah semasa diperiksa oleh pegawai agensi.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

TUNDA TONGKANG2

GAGAL MEMPAMERKAN DOKUMEN YANG SAH, DUA OFFSHORE SUPPORT VESSEL DITAHAN

MIRI, 13 APRIL - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan dua offshore support vessel di kedudukan 9.4 batu nautika barat Tanjung Lobang.

Penahanan itu dibuat atas dua kesalahan iaitu gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan serta gagal mempamer dan mengemukakan dokumen Domestic Shipping License (DSL) yang sah setelah diperiksa anggota operasi Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, offshore support vessel berkenaan telah ditahan pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR, OP TIRIS 3.0 dan OP KHAS PAGAR LAUT di antara pukul 6.25 dan 6.46 petang semalam.

Menurutnya lagi, Offshore Support Vessel itu dikendalikan oleh dua belas kru termasuk nakhoda warga tempatan dan Indonesia berumur dalam lingkungan 32 hingga 63 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Vesel dan kesemua yang ditahan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan dan gagal mempamer dan mengemukakan Domestic Shipping License (DSL) semasa diperiksa

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan negara.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

OFFSHORE DITAHAN
 
OFFSHORE DITAHAN3

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC