PULAU PINANG, 11 APRIL - Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan telah ditahan oleh kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 18 batu nautika barat daya Pulau Kendi Pinang pada pukul 4.00 petang baru-baru ini.
Menurut pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Razali bin Kasim, VNT berkenaan tidak sepatutnya berada di posisi itu kerana bot seumpama itu perlu berada di kawasan yang dinyatakan mengikut syarat lesen.
“VNT yang mempunyai pukat tunda itu menimbulkan tanda tanya anggota penguat kuasa akan aktiviti perikanan yang dilaksanakan di kedudukan tersebut.
“Justeru, kapal peronda yang pada ketika itu sedang melaksanakan Ops Khas Pagar Laut 1/2025 terus merapati dan mengeledah mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas Razali.
Penggeledahan yang dilaksanakan itu membuahkan hasil apabila didapati VNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu tidak mempunyai kebenaran bertulis menggunakan kru bukan warganegara tempatan dan mengikut Seksyen 15 (1) iaitu tidak memiliki permit yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Pemeriksaan lanjut mendapati, VNT terbabit itu dikendalikan oleh lima orang kru Myanmar dan seorang tekong warga Thailand berumur antara 28 hingga 60 tahun. Kesemua mereka ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.
Operasi Khas Pagar Laut 1/2025 tetap diteruskan dengan mengatur gerak aset bagi melakukan rondaan di sekitar kawasan operasi Maritim Negeri ketika musim perayaan.
Komuniti maritim juga dinasihatkan supaya mematuhi keselamatan di musim cuaca yang tidak menentu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau aduan berkenaan aktiviti yang mencurigakan di perairan Pulau Pinang, orang ramai diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

