24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

MARITIM MALAYSIA PANTAU RAPI SINDIKET IKLAN PERKHIDMATAN BAWA KELUAR MASUK PATI GUNA MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA, 13 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memandang serius terhadap aktiviti pengiklanan perkhidmatan membawa masuk dan keluar warga asing, termasuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang semakin berleluasa di pelbagai platform media sosial.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, perbuatan sindiket serta individu tidak bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah dengan menggunakan laluan laut yang tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini, disifatkan bukan sahaja melanggar undang-undang negara malah mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

“Selain daripada melanggar undang-undang, perbuatan ini juga membahayakan nyawa penumpang. Pihak terbabit tidak mengambil kira aspek keselamatan seperti penyediaan jaket keselamatan atau pelampung, malah sering membawa muatan melebihi kapasiti bot.

“Maritim Malaysia akan meneliti kandungan akaun media sosial yang memuat naik iklan promosi perkhidmatan haram ini dan akan bekerjasama dengan semua agensi terutamanya PDRM untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan pemantauan dan siasatan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” kata beliau lagi.

Selain itu, Maritim Malaysia juga akan melaporkan aktiviti promosi terbabit kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat akaun media sosial yang dikesan daripada terus mengiklankan perkhidmatan tersebut.

Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, pihak Maritim Malaysia tidak akan berkrompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih agresif terutamanya dalam meningkatkan rondaan serta operasi penguatkuasaan di sempadan perairan negara.

Maritim Malaysia juga telah mengerakkan pesawat udara untuk melaksanakan pemantauan udara serta meningkatkan lagi pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) bagi mengesan kehadiran bot-bot warga asing tersebut.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2024, sebanyak 68 cubaan penyeludupan PATI berjaya digagalkan dan melibatkan penahanan 236 individu dari pelbagai negara.

Keselamatan sempadan maritim negara adalah tanggungjawab bersama. Orang ramai khususnya komuniti nelayan, penduduk pesisir pantai serta orang awam untuk tampil menjadi ‘mata dan telinga’ agensi penguat kuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Sebarang maklumat boleh dilaporkan terus ke talian kecemasan 999 atau ke pusat operasi Maritim Malaysia terdekat untuk tindakan segera.

 

 

WhatsApp Image 2025 06 13 at 4.25.41 PM

 

 

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

KUANTAN, 13 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah berjaya menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C kerana melanggar syarat sah lesen kira-kira 1.2 batu nautika tenggara perairan Pantai Sepat, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, vesel berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan dan sedang bergerak menuju ke muara Kuantan sebelum ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam operasi Preventive SAR dan OP MAKMUR pada sekitar jam 9.40 pagi.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat lima kru termasuk tekong di atas bot berkenaan, kesemuanya merupakan warga Myanmar berumur lingkungan antara 27 hingga 33 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, hanya tekong memiliki dokumen pengenalan diri manakala empat kru lain gagal mengemukakan sebarang dokumen tersebut dan tiada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta permit kerja yang sah.

Kesemua kru termasuk tekong, bersama vesel, peralatan dan hasil laut kira-kira 1.9 tan metrik telah ditahan dan dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia menegaskan komitmennya dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara serta akan terus meningkatkan operasi pemantauan bagi membanteras aktiviti perikanan dan vesel nelayan asing di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim atau insiden kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09-5717345 atau 999 untuk tindakan lanjut.

NELAYAN KTN2
 
NELAYAN KTN3

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C

LUMUT, 11 JUN – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C yang menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak di kedudukan 22.5 batu nautika barat Hutan Melintang pada sekitar pukul 11.40 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, VNT itu dikesan oleh aset Maritim Malaysia dalam satu operasi yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Nashrun bin Abdul Ghani ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong dan awak-awak vesel yang terdiri daripada lima warga Myanmar tidak mempunyai permit kebenaran bekerja daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak memiliki pas yang sah serta majikan membenarkan pendatang tanpa izin memasuki atau mendiami di permis.

“Vesel, hasil tangkapan, dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut oleh,” ujar Kepten Maritim Mohamad Shukri.

Maritim Malaysia sentiasa memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang menerusi operasi dan rondaan bagi memastikan keselamatan dan keamanan di perairan negara sentiasa terpelihara.

Sebarang aduan, maklumat mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan yang berlaku di perairan negara, orang ramai boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-683 2254) untuk maklum balas segera.

 

LUMUT TUND2
 
LUMUT TUND3

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LAKUKAN AKTIVITI TARIK TEPI

PELABUHAN KLANG, 12 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C di perairan Selangor kira-kira pada pukul 9.50 malam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu dibuat oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin operasi di kedudukan 4.4 batu nautika barat daya Kuala Selangor.

Pemeriksaan awal mendapati, vesel itu dikendalikan oleh seorang tekong berumur 39 tahun, bersama dua kru masing-masing berumur 37 tahun dan 53 tahun yang kesemuanya warga tempatan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, vesel tersebut telah melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang dari 12 batu nautika dari daratan.

Kesemua kru, vesel dan hasil tangkapan ikan campur seberat 150 kilogram dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2025 06 12 at 1.35.56 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 06 12 at 1.35.56 PM11

GABUNGAN KUASA DARAT DAN LAUT | MARITIM MALAYSIA DAN JPJ MANTAPKAN KERJASAMA

KOTA BHARU, 10 JUN – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi bersama delegasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan, Tuan Mohd Misuari bin Abdullah, di pejabat JPJ Negeri Kelantan hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua perkhidmatan serta membincangkan peluang kerjasama strategik dalam aspek pengurusan keselamatan, penguatkuasaan maritim dan darat serta perkongsian maklumat operasi yang lebih efektif di negeri Kelantan.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk meneruskan komitmen terhadap usaha sama yang lebih kukuh dengan mewujudkan koordinasi yang lebih tersusun dan efisien dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, khususnya berkaitan keselamatan jalan raya dan perairan negeri demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Kelantan terus menjadi keutamaan.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah para pegawai daripada kedua-dua agensi. Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara Maritim Negeri Kelantan dan JPJ Kelantan dalam memperkukuh aspek keselamatan, penguatkuasaan dan kesejahteraan.

 

JPJ MARITIM MALAYSIA4
 
JPJ MARITIM MALAYSIA5
 
JPJ MARITIM MALAYSIA

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC