17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OP NAGA TERUS HALANG PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING

MELAKA, 10 APRIL – Kedaulatan perairan negara terus dipertahankan tanpa kompromi apabila Op NAGA memasuki fasa baharu dengan penyelarasan taktikal yang lebih agresif dan bersepadu bagi membanteras pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA) ke dalam Zon Maritim Malaysia.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, Op NAGA ini bukan sekadar operasi biasa, tetapi ia adalah operasi bersepadu pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa dalam menangkis ancaman pencerobohan laut khususnya di Laut China Selatan oleh vesel penangkapan ikan asing yang mengancam kedaulatan, keselamatan dan sumber ekonomi negara.

Op NAGA juga untuk membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram yang tidak dilapor dan tidak dikawal selia (IUU Fishing) kerana ia bukan sahaja merugikan industri perikanan tempatan negara tetapi ia juga menjejaskan ekosistem maritim negara disamping merupakan pencabulan kepada sempadan maritim negara kita.

Justeru jelas beliau, kerjasama semua pihak sama ada pasukan keselamatan mahupun agensi sokongan amat perlu, dalam usaha mempertingkatkan pengawasan dan tindakan proaktif dalam membanteras aktiviti jenayah ini di perairan negara.

“Kita bukan hanya menangkap penceroboh, kita juga ingin menghantar mesej jelas, bahawa perairan Malaysia bukan untuk diceroboh sesuka hati,” tegas Mohd Zawawi.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Op NAGA Bil. 1/2025 di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf, Operasi dan Latihan, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef), Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab Timbalan Pengarah Kastam, Tuan Mohd Nasir bin Mustapha dan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Asisten Komisioner Polis Haji Noor Azman bin Haji Jamal.

Mohd Zawawi dalam pada itu menegaskan, kerjasama strategik antara pasukan keselamatan dan agensi sokongan menjadi tunjang kejayaan Op NAGA yang kini memasuki tahun keenam sejak digerakkan pada April 2019.

Sehingga Disember 2024, Op NAGA telah berjaya mencatatkan keseluruhan tangkapan sebanyak 619 kes. Manakala nilai keseluruhan lucut hak, denda dan lelong adalah berjumlah RM141,789,783.36 juta ringgit. Nilai keseluruhan tangkapan ini diharapkan dapat memberikan Return Of Investment (ROI) sepanjang pelaksanaan Op NAGA ini kepada Kerajaan Malaysia.

“Jumlah itu bukan sekadar angka, ia adalah pulangan besar terhadap pelaburan kerajaan dalam keselamatan maritim, melibatkan sumber negara, pendapatan nelayan tempatan dan maruah perairan kita sendiri,” tambah beliau.

Op NAGA menyaksikan penglibatan besar-besaran 14 pasukan operasi dan agensi sokongan yang terdiri dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara dari PDRM, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah (JPDS), Taman-taman Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Mesyuarat kali ini turut membincangkan pemerkasaan aset strategik, pelaksanaan operasi bersepadu lebih efisien, pengukuhan risikan serta pendekatan jangka panjang yang mampu melonjakkan keberkesanan penguatkuasaan maritim negara.

Sementara itu Maritim Malaysia turut menegaskan, pihaknya akan memastikan tiada sebarang anasir asing yang cuba menggugat perairan negara, dengan memperkasakan rondaan di sekitar perairan negara.

 OP NAGA2
 
OP NAGA3
 
OP NAGA4
 
OP NAGA

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC