KUANTAN, 13 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan tiga bot nelayan tempatan Kelas C yang disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggaji kru warga asing tanpa kebenaran pada jarak kira- kira 20 batu nautika timur Kuala Kuantan, tengahari semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, semasa rondaan Op Makmur di perairan Pahang, aset Maritim Malaysia telah mengesan tiga bot tersebut sedang menjalankan aktiviti perikanan secara berkelompok dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebaik dihampiri aset Maritim Malaysia.
Selepas berjaya ditahan, pemeriksaan mendapati ketiga-tiga bot nelayan tempatan tersebut dikendalikan tekong warganegara Vietnam bersama awak-awak warganegara vietnam kesemuanya seramai 21 orang berumur antara 19 sehingga 46 tahun. Hasil pemeriksaan lanjut dokumen berkaitan mendapati ketiga-tiga bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah AKTA PERIKANAN 1985 dan AKTA IMIGRESEN 1959/63 kerana melanggar syarat sah lesen serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.
Kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Pahang bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 300 kilogram untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta SOP yang ditetapkan terutama dalam menghadapi gelombang ketiga Covid 19 ketika ini. Seterusnya memastikan keselamatan diutamakan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan dan mengelakkan dari berhadapan cuaca buruk.
Maritim Malaysia akan terus giat mengawal perairan negara mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa ketika ini. Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

