KUANTAN, 10 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Maritim Negeri Pahang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang telah melaksanakan Ops Bersama bagi membanteras kegiatan melanggar undang-undang di perairan negara khususnya melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim samada nelayan tempatan dan juga asing.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, Operasi yang melibatkan kekuatan dua pegawai dan 13 anggota AADK daerah Kuantan dan Rompin dan tujuh pegawai dan 15 anggota dari APMM dijalankan dalam dua siri iaitu pada 29 - 30 September di sekitar perairan Kuantan dan 07 Oktober di sekitar perairan Kuala Rompin melibatkan 2 buah aset laut iaitu Bot Ronda dan Kapal Maritim Tatau.
Operasi ini bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim di sekitar perairan Pahang terutamanya di samping mencegah aktiviti jenayah maritim lain.
Operasi bersama ini juga bertepatan dengan objektif Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial dalam kalangan warga tempatan.
Hasil operasi ini, pihak APMM dan AADK telah berjaya memeriksa 14 Bot Nelayan tempatan yang melibatkan 71 orang nelayan tempatan dan nelayan asing serta 8 kru warganegara asing di atas 1 kapal pengangkut pasir. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, mendapati 7 orang nelayan tempatan dan 8 orang nelayan asing didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Mereka yang didapati positif dadah berumur antara 20 hingga 46 tahun. Kesemua nelayan tempatan yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983 pindaan 1988 dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut. Manakala nelayan asing yang positif diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan selanjutnya.
Hasil temubual yang dijalankan dengan mereka yang positif adalah dengan alasan untuk menghilangkan rasa tekanan ketika berada di tengah laut dan juga membantu memberikan tenaga kepadanya apabila keluar ke laut.
Pihak Maritim Malaysia juga mengalu-alukan operasi bersama di antara agensi penguat kuasa yang lain pada masa hadapan terutama sekali yang melibatkan operasi di laut bagi memantau dan mencegah aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.
Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
![]()
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.















.svg.png)

