JOHOR BAHRU, 26 September -Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah merekodkan tangkapan sebanyak 101 buah kapal yang melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di perairan negeri Johor bermula awal tahun ini.Pada 24 Mac lalu, Maritim Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan Operasi Jangkar Haram bagi mengekang kapal-kapal yang bersauh tanpa kebenaran terutama di kawasan Tompok Utara dan telah berjaya menahan sebanyak 83 buah kapal sehingga hari ini.Sebelum Operasi Jangkar Haram dikuatkuasakan, sebanyak 18 buah kapal telah pun ditahan oleh Maritim Malaysia Negeri Johor bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.Terbaharu, pada 24 September lalu aset Maritim Malaysia telah mengesan dan berjaya menahan dua buah kapal tangki yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di kawasan perairan Johor timur. Salah sebuah kapal tangki terbabit baru sahaja selesai kes perbicaraan bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan lapan kru warga Indonesia berumur di antara 23 tahun hingga 66 tahun telah ditahan pada 31 Ogos lalu kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan telah didenda sebanyak RM50 ribu pada 22 September lalu.Aset Maritim Malaysia telah mengesan kapal tangki tersebut disyaki sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram bersama sebuah kapal tangki yang lain.Sebuah kapal tangki dari Panama turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran dan melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram. Kapal tangki ini dikendalikan 25 kru terdiri dari warga Indonesia, Ukraine, Georgia dan Rusia berumur di antara 23 hingga 53 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.Kedua-dua kapal tangki tersebut telah ditahan oleh aset Maritim pada hari yang sama sekitar jam 1.30 petang di kedudukan 22 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Johor.Untuk rekod, bermula Januari 2021 Maritim Malaysia Negeri Johor telah berjaya menahan sebanyak 101 buah kapal atas pelbagai kesalahan yang disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan menghasilkan jumlah denda serta kompaun dikutip sebanyak RM 2.5 juta, di mana RM1.3 juta dikutip menerusi Operasi Jangkar Haram.𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗛𝗜𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗥𝗜𝗔𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
![]()
![]()
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

