BESUT, 23 September – Tiga bot nelayan asing yang ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara dilupuskan dengan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di sekitar Pulau Susu Dara, hari ini.
Ketiga-tiga bot yang dilucut hak itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Langkawi serta bot Penggalang 14 atas kesalahan menceroboh dan melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran di perairan Pahang pada tahun 2019.
Setelah didapati bersalah dan dilucut hak oleh mahkamah, Maritim Malaysia memutuskan untuk melupuskan bot-bot ini secara menenggelamkannya sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Susu Dara.
Tiga bot yang dilupuskan ini dianggarkan bernilai RM 4.5 juta dan pelupusan ini juga dapat mengurangkan kesesakan di Jeti Pusat Tahanan Vesel.
Untuk rekod proses melupuskan ketiga-tiga bot ini dengan menenggelamkan sebagai tukun tiruan merupakan julung kali dilaksanakan oleh Maritim Negeri Pahang pada tahun ini.
Dalam masa terdekat Maritim Negeri Pahang juga akan menenggelamkan tiga bot lagi untuk dijadikan tukun tiruan di peraiaran Pulau Tioman selepas mendapat keputusan pelucutan hak daripada mahkamah.
Sejak 2007, Maritim Malaysia kawasan Pantai Timur telah melupuskan sebanyak 303 bot secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan dengan menempatkannya di sekitar pulau-pulau di perairan Kelantan dan Terengganu.
Proses penenggelaman bot sebagai tukun tiruan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) bagi memastikan kesesuaian lokasi serta tidak menjejaskan biodiversiti marin dan memberikan manfaat kepada nelayan pesisir pantai.
Kawasan terbabit dijadikan habitat baharu ekosistem marin dan sebagai peranti pemuliharaan biodiversiti marin. Ia juga akan menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan kepada hidupan laut.
Maritim Malaysia akan sentiasa berusaha memastikan perairan negara sentiasa selamat kepada komuniti maritim dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.
![]()
![]()
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

