27
Jum, Jan

MARITIM MALAYSIA TAHAN 2 BOT TUNDA BERSAMA TONGKANG

MIRI, 22 Mac- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan dua bot tunda bersama dua tongkang pada jarak lebih kurang 3.6 batu nautika barat Tanjung Lobang, Miri sekitar jam 8.00 malam semalam.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 13.22.37

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, penahanan dibuat berikutan kegagalan operator mengemukakan sebarang dokumen berkaitan semasa diperiksa.

Bot tunda pertama berserta tongkang dikendalikan empat kru termasuk nakhoda warga tempatan yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 24 hingga 67 tahun.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 13.22.35

Manakala bot tunda kedua berserta tongkang pula dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada lima warga tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Myanmar, berumur dalam lingkungan 24 hingga 56 tahun.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen.

Kesemua bot tunda dan tongkang ditahan untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mencegah pelanggaran undang-undang, penyeludupan, pencerabohan dan jenayah maritim yang berlaku diperairan Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang salah laku dilaut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085 418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082 432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC