26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG PATAHKAN CUBAAN EDAR DADAH BERNILAI RM160 RIBU

KUANTAN, 21 Januari – Maritim Negeri Pahang telah berjaya menggagalkan cubaan mengedarkan dan merampas dadah dipercayai jenis Methamphetamine beranggaran lebih kurang RM160,000 dalam satu operasi khas di sekitar perairan Teluk Gading Endau, pada jam 11.30 malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Amran bin Hj Daud berkata, hasil koordinasi dan perkongsian maklumat risikan bersama Maritim Negeri Johor telah membawa kepada penahanan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke Pulau Tioman di kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika muara Sungai Endau, semalam.

Sebaik sahaja menyedari kehadiran aset maritim, suspek bertindak memadam lampu bot supaya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Walau bagaimana pun suspek berjaya meloloskan diri ke daratan berhampiran dengan meninggalkan bot fiber tersebut di tepi tebing.

Hasil pemeriksaan lanjut Bot fiber berukuran lebih kurang 5 meter tersebut telah ditinggalkan dan  terdapat satu tong putih yang mengandungi 2 bungkus plastik lutsinar dan 2 bungkus plastik teh cina disyaki berisi dadah jenis Syabu (Methamphetamine) dianggarkan seberat 4 kilogram.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah, bot fiber dan sebuah enjin sangkut 30 kuasa kuda dianggarkan bernilai RM 182 ribu. Bot serta kesemua barang rampasan tersebut telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Tanjung Gemok untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah tersebut dipercayai untuk diedarkan ke pasaran tempatan di sekitar Pulau Tioman.  Sindiket ini dipercayai bergiat aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah menggunakan jalan laut, meskipun terpaksa mengharungi cuaca buruk dalam musim tengkujuh dan mengambil masa yang lama untuk ke Pulau Tioman dan sekitarnya berikutan permintaan yang tinggi.

Ini merupakan tangkapan pertama melibatkan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya bagi Maritim Negeri Pahang tahun ini.

Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

 10    111
     
 12    14

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC