27
Sab, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN 7 PATI DI PERAIRAN TAWAU

TAWAU, 23 NOVEMBER - Zon Maritim Tawau telah menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Pluto Timur di kawasan perairan Custom Immigration Quarantine ( CIQ ) lama, Tawau semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, kapal peronda yang menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot penumpang mempunyai nombor pendaftaran yang mencurigakan.
 
Bot penumpang terbabit ditahan oleh anggota-anggota menggeledah kapal peronda yang terus bergegas ke lokasi menggunakan sebuah sea boat  bagi tujuan pemeriksaan pada jam lebih kurang 4.30 petang.
 
“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat seorang juragan dan enam penumpang terdiri daripada lima lelaki dewasa dan dua wanita disyaki warga Indonesia masing-masing berumur antara 13 hingga 51 tahun. Juragan dan penumpang yang diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati nama juragan yang mengemudi bot penumpang adalah tidak sama seperti dalam lesen bot yang dikemukakan kepada pihak Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, disini, hari ini..
 
Tambahannya, kesemua yang diperiksa ditangkap manakala bot penumpang dtahan  dan diibawa masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) kerana dipercayai cuba menyusup keluar dari daerah ini secara tidak sah.
 
Tegasnnya lagi, kesemua pengusaha dan pemilik bot penumpang diingatkan agar mematuhi garis panduan sedia ada khususnya di perairan Tawau pada setiap masa. Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha dan pemilik bot penumpang yang didapati menjalankan aktiviti penyusupan keluar dan masuk PATI mengikut laluan yang tidak diwartakan.
 
" Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal", katanya.
 
Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di perairan Tawau boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.
 
gmbar masa tahan 7 pati - Copy bot 7 pati
WhatsApp Image 2019-11-23 at 11.04.54  

 

Sumber/ Foto :Staf Perhubungan Awam
Zon Maritim Tawau
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC