YAN, 11 Disember- Pencarian dua nelayan yang hilang enam hari lalu , berakhir apabila kedua-dua mayat mangsa ditemui petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata, mayat mangsa Ng Gua Xian 44 tahun dan Ng Gou Tong 34 tahun ditemui terapung oleh sebuah bot nelayan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan. Mayat kedua-dua mangsa ditemui pada jam 2.45 petang pada jarak 15 batu nautika dari lokasi terakhir bot tersebut dilihat.
Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keempat itu melibatkan pelbagai agensi antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Seramai 20 nelayan setempat bersama 3 bot nelayan turut membantu dalam usaha mencari nelayan yang dilaporkan hilang.
Maritim Malaysia selaku agensi yang mengkordinasi operasi mencari dan menyelamat di laut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti nelayan yang terlibat.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 8.30 malam dan mayat mangsa dibawa oleh pihak polis untuk dihantar ke Hospital Daerah Yan untuk tindakan lanjut.
#AgensiPenguatKuasaanMaritimMalaysia
#KementerianDalamNegeri
#MalaysiaCoastGuard
#MaritimMalaysia
#MCG
#MCGReport
#MCGInfo
#SeaHawk@KementerianDalamNegeri
SUMBER: PRO ZON MARITIM KUALA KEDAH