PUTRAJAYA, 26 Januari – Buat julung kalinya Maritim Malaysia menerima kunjungan daripada Commandant Philippines Coast Guard CG ADM Artemio M Abu bersama delegasi CG Commo Algier D Ricafrente, Deputy Chief Of Coast Guard Staff for International Affairs dan CG ENS Frances Doren J Balboa, OIC, Media Relation ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Delegasi disambut mesra oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som, diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin.