KUALA LINGGI, 18 Ogos – Pengarah Maritim Negeri, Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak hari ini telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka, Wan Madihi Bin Wan Salleh, bersama pegawai-pegawai kanan AADK di pejabatnya hari ini.
Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan operasi bersama dan perkongsian maklumat berkenaan usaha membasmi penagihan dadah di kalangan komuniti maritim di negeri Melaka.
Turut sama menyertai perbincangan itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Norihan bin Ngah, pegawai-pegawai operasi serta pegawai risik.