PELABUHAN KLANG 15 Ogos - Majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Operasi negeri Selangor telah berlangsung di auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor dengan disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri ,Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam.
Komander Maritim Norihan bin Ngah secara rasminya telah menyerahkan tugas Timbalan Pengarah Operasi negeri Selangor kepada penggantinya Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali.
Pertukaran dua hala ini menempatkan Komander Maritim Norihan bin Ngah ke Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri.
Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri Selangor yang baharu bermula hari ini 15 ogos 2022.
Majlis turut disaksikan oleh warga Maritim Negeri Selangor.