26
Jum, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

PROGRAM PEMERKASAAN PEGAWAI RISIKAN DAN SIASATAN LANJUT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN SIRI 3/ 2022 (ZON BORNEO)

Kota Kinabalu, 9 Ogos - Program Pemerkasaan Pegawai Risikan dan Siasatan Lanjut Agensi Antidadah Kebangsaan Siri 3/ 2022 anjuran AADK dengan kerjasama Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 2022 di Kota Kinabalu, Sabah.

Program yang melibatkan teori dan latihan secara praktikal turut melibatkan tenaga pengajar dan fasilitator yang terdiri daripada pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Maritim Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia.

Antara objektif program adalah mengenai pendedahan berkaitan risikan dan siasatan lanjut kepada anggota dalam menghasilkan maklumat susulan dan melengkapkan fail kes. Turut didedahkan adalah berkaitan teknik-teknik soal siasat, pengawasan (Surveillance), Agent Provocateur (AP) dan juga serbuan.

Seramai 20 orang anggota AADK daripada Sabah dan Sarawak telah dipilih sebagai peserta program. Majlis penutupan program  telah disempurnakan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad

WhatsApp Image 2022 08 09 at 3.30.19 PM    WhatsApp Image 2022 08 09 at 3.30.19 PM 1 
     
 WhatsApp Image 2022 08 09 at 3.30.11 PM    WhatsApp Image 2022 08 09 at 3.30.19 PM 2

Faridi bin Ferdaus. 

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC