26
Jum, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

EKSESAIS SAMUDERA PERKASA BARAT 5/22 MEDAN KERJASAMA MARITIM MALAYSIA DAN TLDM

LUMUT, 8 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Majlis Pembukaan Eksesais SAMUDERA PERKASA BARAT Siri 5/22 yang telah diadakan pada jam 11.30 pagi bertempat di KD SRI INDERA SAKTI, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. 
Eksesais ini dilaksanakan bagi menguji tahap kesiagaan dan keupayaan serta kebolehoperasian aset TLDM dan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara.
Majlis Pembukaan eksesais dirasmikan oleh Timbalan Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Pertama Farizal Myeor di KD SRI INDERA SAKTI, Pangkalan TLDM Lumut. 
Turut hadir sama dalam majlis upacara pembukaan ialah Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, YBhg Laksamana Pertama (M) V. Pannir Selvan a/l Veloo, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup dan Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar a/l Vengadasalam. 
Eksesais ini dilaksanakan dalam beberapa fasa mulai 7 hingga 12 Ogos 2022 yang berkonsepkan Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX), di mana peserta akan melaksanakan perbincangan, perancangan dan Force Integration Training (FIT) sebelum belayar untuk melaksanakan siri latihan di laut. 
Aset-aset yang terlibat untuk eksesais kali ini ialah KD SRI INDERA SAKTI, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH dan pesawat FENNEC dari TLDM manakala penglibatan aset Maritim Malaysia melibatkan KM BAGAN DATUK, KM NYALAU,  serta pesawat AW139.
Eksesais ini juga turut menyaksikan kehadiran aset-aset sokongan daripada kedua-dua agensi seperti Fast Combat Boat dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM serta Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia. 
TLDM dan Maritim Malaysia akan terus komited memanfaatkan peluang melakukan operasi bersama dalam usaha memacu kesiapsiagaan setiap anggota untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim negara setiap masa.

4   1
     
2   5


Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC