26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

PADANG TEMU, 29 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS) telah menganjurkan program Sahabat Maritim bertemakan sembang santai bersama ketua – ketua nelayan kawasan Melaka Selatan bertempat di pejabat Persatuan Nelayan Negeri, Negeri Melaka pada 27 Julai baru-baru ini.

Program tersebut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Melaka, Othman bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Selatan, Mohamad Ali bin Ma’an serta ketua - ketua nelayan pangkalan di kawasan Melaka Selatan bersama Pengarah Maritim Negeri, MNMNS, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak serta pegawai – pegawai kanan dan ketua – ketua bot dari Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Program dimulakan dengan sesi taklimat Kesedaran Keselamatan di Laut, penyerahan watikah pelantikan Sahabat Maritim serta sesi dialog untuk memberi peluang kepada nelayan - nelayan meluahkan permasalahan dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia.

MNMNS menjadikan program ini sebagai satu pendekatan untuk menyampaikan fungsi serta peranan utama Agensi disamping menjalinkan hubungan kerjasama serta “networking” antara Maritim Malaysia dengan komuniti nelayan. Selain itu, program ini juga turut menjadi medium memberi kesedaran dan nasihat keselamatan di laut kepada nelayan-nelayan agar lebih berwaspada bagi mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kecemasan dan kemalangan di laut.

 

 WhatsApp Image 2022 08 02 at 4.30.14 PM WhatsApp Image 2022 08 02 at 4.30.16 PM 1 
 WhatsApp Image 2022 08 02 at 4.30.16 PM  WhatsApp Image 2022 08 02 at 4.30.17 PM
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC