12
Jum, Ogs

IPMNKP HADIRI PROGRAM BERSAMA TUNKU TEMENGGONG KEDAH DI PULAU TUBA, LANGKAWI

Langkawi, 29 Julai - Yayasan Sultanah Bahiyah (YBS) bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar dan Penanaman Bakau yang dihadiri oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pulau Tuba, Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa telah dijemput hadir untuk bersama YTM Tunku Temenggong Kedah bagi memeriahkan program tersebut. 

Program ini diadakan bertujuan  meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok bakau bagi ekosistem di laut.

Pada program tersebut,  aset Maritim Malaysia diaturgerak sebagai pengiring kepada rombongan bot YTM Tunku Temenggung telah dilaksanakan. Kawalan keselamatan laut juga dipertingkatkan sepanjang tempoh lawatan YTM Tunku Temenggong ke Pulau Tuba.

Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Pegawai Daerah Langkawi dan para pengarah agensi berkaitan.

8E0B4D96 F92C 49FD 8C03 73D3F057BD2E     
     
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC