25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM MALAYSIA SERTAI LATIH AMAL TTX ARAHAN MKN NO.20 DAN MKN NO.21 EX-JERUNG HARIMAU ANJURAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

MIRI, 25 Mei – Maritim Malaysia Negeri Sarawak telah menyertai Table Top Exercise anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn.Bhd bagi melaksanakan Arahan MKN No.20 iaitu Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara mengikut garis panduan Offshore Maritime SAR Operation Guide selari dengan (IAMSAR Volume IV) Bencana Maritim dan MKN No.21 iaitu Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Keselamatan Awam anjuran MKN Negeri Sarawak dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn.Bhd yang telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei yang lepas.

Latih amal ini dijalankan secara Table Top bagi menguji Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan-ERP) PETRONAS Carigali Sdn.Bhd Aset Miri selaku instalasi sasaran penting negara di Sarawak.

Latihan ini membabitkan PETRONAS Carigali Sdn.Bhd Aset Miri selaku pengeluar, pengendali, penerima dan penghantaran bahan api berupa Natural Gas dan Natural Liquid Gas, LNG di Miri, Sarawak berserta penglibatan dari pelbagai agensi persekutuan, negeri, dan pihak swasta.

WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 1

Seramai 12 pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah terlibat dengan latihan tersebut dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak , Kepten Maritim Yousry bin Yaali, serta wakil pegawai dari Maritime Rescue Sub- Centre (MRSC) Kuching serta pegawai dari setiap Zon Maritim di Sarawak. Turut hadir sebagai speaker adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander Maritim Dr Suzanna binti Razali Chan.

Dengan pelaksanaan latihan ini, ia secara tidak langsung ianya akan meningkatkan lagi kesiagaan semua jabatan/ agensi, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggerakkan sumber manusia, bantuan teknikal, bantuan pakar, logistik dan aset yang diperlukan serta turut menambah baik dan mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman serta SOP-SOP semua jabatan/ agensi yang terlibat di dalam sebarang pengendalian bencana di laut.

WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 3   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 4   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 5
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 6   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 7
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 8   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 2
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 10   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.28.13 PM
     

 

 

 

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC