BATU PAHAT, 7 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Batu Pahat telah mengadakan dua sesi kunjung hormat iaitu di Pejabat Daerah Batu Pahat dan Pejabat Ketua Polis Daerah Batu Pahat semalam.
Sesi kunjungan hormat oleh Pengarah Zon Maritim (PZM) Batu Pahat Komander (M) Mohd Haniff bin Mohd Yunus diadakan pada jam 10.30 pagi dengan bertemu YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat.
Taklimat ringkas telah disampaikan kepada Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat untuk menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawab agensi khususnya aspek keselamatan nyawa ketika berada di laut dan membendung segala aktiviti jenayah di perairan negara.
Manakala sesi kunjungan hormat bersama YDH ACP Ismail bin Dollah, Ketua Polis Daerah Batu Pahat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat oleh PZM Batu Pahat diadakan pada jam 2.30 petang.
Objektif utama kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim serta menjalinkan kerjasama di antara agensi kerajaan pada masa akan datang.
PZM Batu Pahat turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda perkenalan kepada kedua-dua agensi dan jabatan tersebut setelah selesai sesi kunjungan hormat yang diadakan. Sesi ini berakhir pada jam 3.30 petang.