SARANG BUAYA, 21 November - Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia dan Australian Border Force telah menamatkan OP REDBACK ke-16 hari ini di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya, Muar.
Majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Dato' Mohd Zubil bin Mat Som ini turut dihadiri Tuan Yang Terutama Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dan delegasi.
Turut berlangsung dalam majlis tersebut penyerahan sumbangan oleh ABF berupa jaket keselamatan, pelitup muka, cecair pembasmi kuman,kit pertolongan cemas bakul makanan daripada pihak NGO.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Johor yang mempersembahkan tarian zapin sebagai lambang kebudayaan negeri Johor.
Turut hadir ialah Ketua Jabatan dan wakil daripada pihak Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Muar dan Batu Pahat, PDRM, PPM W2, JLWS, JKKN, KPDNHEP, JIM serta komuniti nelayan setempat.