26
Jum, Apr

Grid List

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

WhatsApp Image 2021 11 24 at 2.26.37 PM 1  WhatsApp Image 2021 11 24 at 2.26.37 PM 

WhatsApp Image 2021 11 24 at 2.26.12 PM

WhatsApp Image 2021 11 24 at 2.26.10 PM

 

LABUAN, 24 November - Zon Maritim Labuan telah memberikan bantuan aset pengiring keselamatan kepada Jawatan Kuasa Geopark Kebangsaan yang diketuai oleh YBhg. Datuk Prof. Morshidin bin Ismail (Pengerusi Jawatan Kuasa Geogpark Kebangsaan) untuk penilaian bagi penarafan Pulau Labuan sebagai Geopark Kebangsaan.

Program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan ini bertujuan untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi terutama dalam sektor pelancongan serta mempromosikan kesan-kesan geologi ratusan tahun yang terdapat di sekitar Pualu Labuan dan pulau-pulau berdekatan.

Bot KILAT 23 telah ditugaskan untuk mengiringi serta melakukan kawalan keselamatan terhadap bot-bot Perbadanan Labuan yang membawa Jawatan Kuasa Geopark Kebangsaan bagi melihat dan membuat kajian di Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Burung. Penugasan keselamatan berakhir dan selesai pada jam 2 petang.

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC