LABUAN, 7 November- Zon Maritim Labuan telah menerima sebuah kapal baharu New Generation Patrol Craft (NGPC) iaitu, KM LAHAD DATU. Kapal ini telah dibawa pulang oleh seramai 24 kru termasuk Pegawai dan pegawai Lain Lain Pangkat ke Zon Maritim Labuan daripada Pelabuhan Klang.
Pada 1 November lalu, KM LAHAD DATU telah memulakan pelayaran daripada Pelabuhan Klang dan tiba di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Maritim Negeri Sarawak pada 3 November. Seterusnya, pada 5 November, KM LAHAD DATU meneruskan pelayaran ke Jeti Kinabalu North Shipyard, Kota Kinabalu untuk memunggah barang keperluan kapal daripada Maritim Negeri Sabah sebelum meneruskan pelayaran Zon Maritim Labuan pada 7 November dan majlis penerimaan dilakukan oleh Pengarah Zon Maritim Labuan dengan turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (PJBD) Labuan dan Pegawai Memerintah Pangkalan Polis Marin Labuan, ASP Saidul Maruf bin Rosli.