26
Jum, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

ROMPIN, 20 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah mengadakan upacara "sent off" di Pos Maritim Teluk Gading sempena keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang ke Pulau Tioman pada 14 Oktober lalu.

Keberangkatan KDYMM Raja Pahang di Pos Maritim Teluk Gading telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk haji Amran bin Haji Daud dan warga Pos Maritim Teluk Gading.

KDYMM Tuanku seterusnya menandatangani buku pelawat serta melawat sekitar ruangan pejabat Pos Maritim Teluk Gading.

Tuanku Pemangku Raja Pahang juga berkenan untuk kembali daripada Pulau Tioman melalui Jeti Pos Maritim Teluk Gading, setelah selesai lawatan di Pulau Tioman pada Isnin lalu.

Seterusnya Maritim Negeri Pahang telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Pembangunan Pulau Tioman dan Isu Pencerobohan Perairan Pulau Tioman oleh Bot Nelayan Asing di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Pemangku Raja Pahang dengan diiringi YAM Tengku Panglima Raja serta dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan.

 

604b1650 8779 437e 9456 86b618e1caa0 43e001aa b953 4470 b65b f7cf355f16fd
e0012a5d 3d4f 4899 8d14 dbf288f07245 5b9d318e f063 4384 b9b9 8bea65efdc35
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC