KUALA PERLIS, 18 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah memberikan bantuan aset kepada kerajaan Negeri Perlis bagi mengadakan sesi pengambaran Diari Korespoden: Keindahan Negeri Perlis oleh Bernama.
Dua buah bot iaitu kelas Benteng dan kelas Perkasa digunakan bagi membawa YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis dan delegasi bagi menjayakan sesi pengambaran tersebut dengan melakukan rondaan di sekitar perairan negeri Perlis hingga di sempadan perairan Malaysia-Thailand. Program tersebut tamat dan telah tiba di Zon Maritim Kuala Perlis.
Turut hadir dalam rondaan bagi sesi pengambaran tersebut ialah Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Mohd Fazmin Shah bin Md Rafee Shah dan Timbalan Pengarah Siasatan Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Muhamad Zaimi bin Yakub.
KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’
KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.
Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.