PUTRAJAYA, 8 April - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Laksamana Madya (M) Kamaruszaman Bin Haji Abu Hassan telah menerima kunjungan hormat daripada Regional Maritime Law Enforcement Advisor For The Burue Of Narcotics and Law Enforcement Affairs (INL), Embassy of United Stated, Mr Richard Cavanaugh dalam lawatan kerja rasmi beliau dekat sini semalam.
Pada pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu, kedua-duanya saling membincangkan isu semasa terutama dalam isu penguatkuasaan disamping meneruskan jalinan kerjasama yang sedia ada. Jalinan kerjasama strategik ini dapat diteruskan bagi memperkasakan undang-undang di laut khususnya di Zon Maritim Malaysia.