26
Jum, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

PENGARAH MARITIM NEGERI PULAU PINANG ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH JABATAN PERIKANAN

GEORGETOWN, 1 Disember - Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, di Gelugor bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi bersama dalam penguatkuasaan undang-undang di perairan Pulau Pinang.

Antaranya adalah isu bot kenka, isu penduduk Eetnik Burma di Teluk Kumbar, pencerobohan kawasan oleh pukat tunda, masalah sangkar ikan, operasi bersepadu APMM -Jabatan Perikanan dan projek pembersihan santuari penyu di pantai Kerachut.

Pertemuan ini juga menjadi medium untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua Agensi serta mempertingkatkan usahasama dalam penguatkuasaan maritim.

Antara barisan pengurusan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang yang menerima kunjungan hormat ini adalah Puan Noraisyah Binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Puan Nabilah Binti Mohd Yusof, Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber, Ketua Cawangan En. Mohd Baihari bin Md Noor, Cawangan Pembangunan Akuakultur dan Encik Roslan Bin Samsudin, Ketua Pangkalan Utama (Penguatkuasaan).

Pada kunjungan hormat tersebut, delegasi Maritim Malaysia terdiri daripada Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Bin Mohamed, Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, Timbalan Pengarah Siasatan, Lt Komander Maritim Loo Boon Yew, Pegawai C3I, Lt Maritim Mohd Fairus Bin Mat Saad dan Lt Maritim Mohammad Iqbal Bin Mokhti.

 WhatsApp Image 2020 12 01 at 7.36.29 PM  

WhatsApp Image 2020 12 01 at 7.36.29 PM 1 

     
 WhatsApp Image 2020 12 01 at 7.36.30 PM 1    
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC