26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUALA PERLIS, 22 September - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah membuat lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 9.00 pagi tadi.

Lawatan kali ini merupakan kunjungan yang julung kalinya diadakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis ke Zon Maritim Kuala Perlis semenjak pelantikan beliau berkuatkuasa pada 29 Jun 2020 lalu. Turut hadir pada sesi amanat lawatan kerja rasmi tersebut ialah Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing serta anggota Zon Maritim Kuala Perlis.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau dan memastikan pelaksanaan operasi di peringkat Zon dapat dilaksanakan dengan sebaiknya disamping bertemu dengan seluruh warga Zon Maritim Kuala Perlis untuk pertama kalinya semenjak mengambil alih sebagai Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

1b2b8a9f c51f 4549 9c5e 99419d5c0bd5    31770ba7 7309 42aa 8bc8 bf9b6361b05a 
     
60039f1c 0b1b 4d5c bd1b c96ef5de1e66   80abe76f 62dd 4a0a 9bf4 cc5561a6727c
     
f4f69a4f 040c 495c 9e66 68d50399585d   f3385c95 618d 47e5 9535 773ad27f30a3
     
9249a1bf f6ef 484f ba67 98d6f34b455f   747239ad 551f 4a5d a9d4 ce28bd032f8e
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC