Sidebar

28
Isn, Sep

AKTIVITI
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times

KUANTAN, 7 September - Maritim Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Laksamana  Madya  Maritim Datuk Haji Ibrahim Bin Haji Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana sudi meluangkan masa dan berkesempatan melakukan lawatan kerja rasmi serta menyampaikan sedikit amanat kepada semua pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang sebelum bersara wajib pada tahun ini.

Ketibaan Yang Berbahagia Datuk disambut Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran Bin Haji Daud dan Kawalan Kehormatan Setempat sebagai acara pembukaan istiadat menyambut Tetamu Kehormat. Turut hadir bersama beliau Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain Bin Mohd Omar.

Dalam majlis kali ini, turut berlangsung dua juga acara perasmian iaitu perasmian Surau Al-Bahri Maritim Negeri Pahang yang dirasmikan oleh Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain Bin Mohd Omar yang mana idea pembinaan surau tersebut datangnya daripada beliau sendiri semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang manakala Auditorium Maritim Negeri Pahang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana  Madya  Maritim Datuk Haji Ibrahim Bin Haji Mohamed.

Turut mengambil kesempatan pada majlis ini ialah meraikan anggota Maritim Negeri Pahang yang bakal bersara pada tahun 2020 dan bertukar keluar dari Maritim negeri Pahang.

 1    2
     
 3    4
     
 5    6

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON