MAJLIS SERAH TERIMA KAPAL ANTARA MARITIM NEGERI JOHOR DAN MARITIM NEGERI NEGERI PERAK
JOHOR BAHRU, 10 Februari – Majlis serah terima kapal antara Maritim Negeri Johor dan Maritim Negeri Perak telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor. Kapal Maritim Rawa dari kelas Gemia telah diserahkan kepada Maritim Negeri Perak manakala Kapal Maritim Perwira dari kelas Perwira diserahkan kepada Maritim Negeri Johor.
Majlis yang berlangsung pada pagi ini, telah disaksikan oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Bin Hj. Abdul Rashid, Pengarah Maritim Negeri Johor dan Kepten Maritim Shahrizan Bin Rahman, Pengarah Maritim Negeri Perak serta para pegawai dan anggota kedua-dua kapal.
KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’
KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.
Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.