KUANTAN, 25 NOV - Majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang telah diadakan di auditorium MN Pahang, semalam.
Mantan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama MaritimHaji Amran bin Haji Daud akan diperjawatkan sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang pada 26 November 2019 ini dan menyerahkan tugas kepada Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan pengarah (Pengutakuasaan dan Eksesais) Maritim Negeri Sarawak.
Acara serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkarnain bin Mohd Omar.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkantahniah dan berharap dengan pengalaman yang dimiliki oleh KeptenMaritim Hamiludin dapat digunakan sehabis baik dalam menjaga kesejahteraan dan kedaulatan perairan Negara.